CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
RAMAI yang bertanya mengenai tulisan sebelum ini, di bawah tajuk,
'Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Mengenai kenyataan pertanyaan, "Orang Indonesia yang di sini, boleh pergi tak?"
Yakni orang bukan rakyat Malaysia, yang berada di Malaysia seperti warga Indonesia atau Bangladesh, boleh pergi melancong ke Australia atau tidak melalui Malaysia, dan sekali gus mohon visa dan berkerja di sana?
Dan jawapannya, "Boleh! Tapi agak susah dan lambat sikit pengurusannya..."
Mereka yang bertanya itu meminta huraian mengenai ayat-ayat bertanda kuning di atas.
Saya jawab begini...
"Saya diberitahu warga Indonesia agak sulit dan lambat sikit pengurusannya untuk lepas masuk melancong ke Australia, kerana mungkin pihak-pihak tertentu ingin memastikan mereka itu benar-benar pelancong, yang bukan untuk berkerja di sana.
"Oleh itu saya difahamkan perkara-perkara ini diperlukan...
- Orang (warga Indonesia) yang akan melancong mesti ada wangnya di bank, kira-kira RM70,000 (kira-kira Rp210juta Indonesia)
- Mesti berkerja tetap dengan pemerintah, atau syarikat-syarikat yang kukuh kewangannya.
- Bisnes sendiri mempunyai akaun kewangan yang cantik dan kukuh.
- Perlu penjamin.
- Dan sebagainya.
Sekian kataku.
Sekian, Wassalam..


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.