Tuesday, January 5, 2021

TIGA JUTA MENGANGGUR DALAM NEGARA - Pemimpin Politik Tiada Agenda Memulihkan Negara, Hanya Jaga Kepentingan Mereka

 Yang berikut ini adalah beberapa tajuk berita pagi ini :


OSTB:  Umno, Umno, Umno. That is all which is inside their empty heads.  Nothing about the people, nothing about the economy or about the country.  Here is another one :


OSTB : And that will solve all our problems? UMNO menang 54. Kemudian 16 lompat masuk PPBM. 20 lagi "pelompat" di suruh duduk dalam UMNO dan bantu "jaga harta karun". So daripada 54 MP Umno, kurang lebih 18 sahaja yang bukan pelompat. Itu pun tak tahu for sure. Tengku Mamak kata tak ada masalah bagi UMNO dan PPBM bergabung.  Thats more like it.

Yang berikut adalah satu lagi tajuk berita : 



OSTB : This is the other wannabe donno-what with no ideas on how to achieve anything for the people or the economy. He does not want to quarrel with Dr M. Really? Who gives a s-it? What has that got to do with the THREE MILLION UNEMPLOYED IN THE COUNTRY?  

Tuan-tuan yang berikut adalah berita tahun sudah, bulan Mei 2020. Sekarang sudah Januari 2021. Pada Mei 2020, EPF / KWSP buat kajian yang menunjukkan pengangguran dalam negara kita hampiri 2.4 JUTA. 





Ini berita yang lapan bulan sudah.  Perbualan di kalangan pakar HR berkata jumlah pengangguran sekarang sudah TIGA JUTA orang. 

Jika ekonomi kita tiada peluang U-turn dalam masa terdekat (2021) kemungkinan besar jumlah pengangguran akan mencapai EMPAT JUTA hujung tahun ini.
Tetapi walaupun keadaan sedemikian, ada juga :

Menteri nak tutup kedai kek jual kek Merry Christmas. Dia kata "Tak boleh". 
ADUN nak tutup bahagain tidak halal di supermarket. Dia kata 'Tak boleh'.
MB nak batal lesen TOL penanam sayur. Dia kata 'Tak boleh'.
MB dan ADUN nak tutup kebun durian. Dia kata 'Tak boleh'.
MP kata naikkan cukai sampai glove manufacturer mampos. Dia kata 'Tak boleh'.
Pak Lebai nak tutup judi (sudah ditunda hingga 2025).

Mereka ikuti 'Dasar Ekonomi Tak Boleh'. Dasar Ekonomi Tak Boleh maksudnya Kerajaan akan sekat, halang, tahan, hindar, batal aktiviti ekonomi dengan harapan perbuatan seperti itu akan majukan ekonomi negara kita.
  
Apakah akibatnya ? Inilah antara akibatnya :
 




Percayalah majoriti pekerja swasta yang mempunyai kurang daripada RM5000 dalam Akaun 1 EPF ini  adalah orang Melayu.
 
Pada 2019 keahlian EPF adalah 14.6 Juta tetapi yang "aktif" (yang bayar duit kepada EPF) lebih kurang separuh sahaja (7 juta ++). 

Bilangan majikan pula adalah 522,300 employers.

Jadi tuan-tuan, sila start enjin, masuk gear empat dan cuba jawab soalan berikut :  

1.  Siapa yang lebih penting?

a. 14.6 juta ahli EPF atau 
b. 7 juta++ pencarum EPF yang aktif atau 
c. 522,300 majikan yang sediakan peluang pekerjaan bagi 14.6 Juta ahli EPF itu?

Bagi mereka yang mana enjin belum panas lagi, jawapan yang betul adalah c.  

Tanpa 522,300 majikan atau employers macam mana pula kita nak cari sebiji jawatan kosong pun? 

Macam mana pula anak-anak kita nak cari pekerjaan pun kalau dasar ekonomi puak-puak dunggu dogoi ialah 'Tak boleh'.

Kalau kilang tak jalan, kebun tak jalan, kedai kek tak jalan, supermarket tak jalan, tanam sayur tak boleh (dan banyak-banyak lagi lah yang tak boleh) maka akibatnya ialah :   

"32% of EPF members have less than RM5,000 in their Account 1."

Kalau majikan dihalang, disekat, ditahan, dikuota daripada buat bisnes baru, daripada majukan bisnes lama, daripada kekalkan bisnes yang successful dsbnya inilah yang akan berlaku. 

Bilangan penjawat awam adalah sekitar 1.7 Juta pekerja.
Bilangan penjawat GLC (juga kerajaan) adalah 1.3 Juta pekerja (ikut sahabat saya bekas Pengerusi sebuah agensi Kerajaan)

Jadi directly dan indirectly Kerajaan beri peluang kerja bagi 3.0 Juta pekerja - yang mana 99% adalah Melayu.  Mereka dibayar gaji daripada kutipan hasil cukai yang dibayar oleh semua orang terutama sekali oleh sektor swasta.

Workforce negara kita pula (sebelum corona virus) sekitar 14-15 juta pekerja.

Maksudnya majoriti besar peluang pekerjaan dalam negara kita di sediakan oleh sektor swasta. 

BUKAN OLEH KERAJAAN ATAU GLC.

Contohnya bilangan ahli EPF sahaja melebihi 14 Juta pekerja.  Dan berjuta lagi pekerja swasta yang tidak menjadi ahli EPF.

So tuan-tuan nadi ekonomi negara kita, peluang hidup bagi anak-anak kita, duit simpanan hari tua kita - bahagian terbesarnya dijana oleh sektor swasta.

Bukan oleh Kerajaan dan bukan oleh GLC. (GLC makin bungkus).

So tuan-tuan, sila warm up enjin kereta dan masuk gear lima. 

Untuk jayakan ekonomi dan negara, pemimpin dunggu dan dogol tadi perlu diberi faham bahawa mereka perlu bentuk dasar yang boleh bantu dan majukan 522,300 MAJIKAN dalam negara kita yang memberi peluang hidup bagi 14 juta++ rakyat negara kita.

Dan sektor swasta tidak perlu kepada kutipan hasil cukai untuk cari hidup. Mereka hanya mahu jangan diusik untuk bekerja keras, berusaha dan bergantung kepada penjualan produk mereka sendiri dan untung / rugi mereka sendiri dalam pasaran dan terus survive dalam ekonomi. Dan bila sektor swasta buat untung, mereka-lah PENJANA hasil cukai bagi Kerajaan. Hasil cukai yang Kerajaan gunakan untuk bayar gaji 3.0 juta penjawat awam dan penjawat GLC serta duit bail-out apabila GLC bankrap. 

Mengikut "Falsafah Hidup Kereta Kuda", kuda lah yang lebih penting daripada 'kereta' nya. Sebab tanpa "kuasa kuda" kereta kuda tak boleh ke mana pun. 

Orang putih kata "put the cart before the horse", seperti berikut.  Inilah cara betul.  Maksudnya ikat kuda di depan, kereta kuda dibelakangnya. Cara mudah begini boleh majukan manusia. 



Jangan pula "put the horse before the cart" macam ini.  Ia itu kereta kuda di depan dan kuda pula di belakangnya. Cara ini tak betul. Salah. Perjalanan tuan-tuan akan tersasau.




Begitu juga "kuasa kuda" atau "horsepower"  dalam ekonomi kita adalah kesemua majikan swasta, ia itu businessman, usahawan, pekilang, pekebun, peladang dan segala jenis usahawan yang menyediakan peluang pekerjaan bagi lebih 14 JUTA rakyat negara kita.

522,300 majikan yang juga bayar caruman kepada EPF itu adalah harta negara yang sebenarnya.

Jadi tolonglah jaga harta negara kita dengan baik.

Jangan ada :

Menteri nak tutup kedai kek jual kek Merry Christmas.  
ADUN nak tutup bahagain tidak halal di supermarket. 
MB nak batal lesen TOL penanam sayur. 
MB dan ADUN nak tutup kebun durian. 
MP kata naikkan cukai sampai glove manufacturer mampos. 

Dan kuda ini tidak perlu bantuan pemimpin politik pun. 
Dia boleh hidup dengan sendiri. Dia tahu jaga diri sendiri.

Kalau ahli politik boleh membantu sektor swasta ini Subhanalaah, Masyallah dan Alhamdulillah.

Kalaulah  ahli politik tak boleh bantu, tak tahu bantu, itu pun tak apa. Its ok.

Tetapi jangan pi cekik darah kuda itu. Atau sengaja letak batu, duri dan rantai besi untuk menghalang kuda itu daripada bergerak pun.

Kereta kuda kita tak akan ke mana. 



The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.