ALOR SETAR: Bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang.
Ketua Balai Bomba Kuala Nerang, Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang tadi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba Kuala Nerang dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.
“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.