Ketua penerangann PAS itu berkata parti itu masih simpan rekod komunikasi antara setiausaha agung PAS dan setiausaha agung Bersatu.

Fadhli berkata kenyataan Biro Politik Bersatu terhadap Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan juga tidak tepat, mengelirukan serta jelas berniat serong bertujuan mencemarkan kredibiliti PAS.
Katanya, PAS masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Takiyuddin dan Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali serta bersedia untuk mendedahkannya dalam platform yang lebih sesuai.
“Hakikat yang juga tidak disebut adalah mesej setiausaha agung Bersatu kepada setiausaha agung PAS pada 5 Mei adalah hanya memaklumkan keputusan mesyuarat tergempar Bersatu mengubah pendirian.
“Ini sekaligus bertentangan dengan pendirian Perikatan Nasional (PN) yang telah dipersetujui bersama terlebih dahulu mengenai krisis di Negeri Sembilan,” katanya di Facebook, merujuk tindakan Adun Bersatu Negeri Sembilan menarik sokongan untuk bersama Umno.
Raja Perlis tak panggil PAS menghadap
Fadhli juga menafikan dakwaan Bersatu bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan PAS mengemukakan nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
“Satu lagi fakta yang sengaja disembunyikan adalah tindakan Bersatu menghantar nama calon menteri besar Perlis tanpa merujuk Majlis Tertinggi PN.
“Begitu juga dengan dakwaan kononnya Presiden PAS Hadi Awang sengaja tidak datang mengadap Tuanku Raja Perlis pada 25 Okt 2025 juga adalah tidak benar, dan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Sabtu lalu, Bersatu mendakwa ia menghubungi PAS tiga kali untuk meminta nasihat, berbincang dan maklum balas berhubung krisis Negeri Sembilan, susulan pertikaian mengenai penarikan sokongan Adun Bersatu untuk bersama Umno.
Biro politik Bersatu menerangkan PAS tidak memberi maklum balas kepada cadangan Bersatu maka ia membuat keputusan berdasarkan pendirian bahawa kerjasama tidak boleh diadakan dengan Umno kerana parti itu tidak memutuskan hubungan dengan PH.
Menurutnya lagi, Azmin memberikan jawapan mengenai kronologi peristiwa dan perbincangan dengan Takiyuddin sebelum dan selepas kemelut, dalam mesyuarat majlis tertinggi PN pada 16 Mei.
Katanya, Azmin menghubungi Takiyuddin lalu mencadangkan supaya PN menarik diri daripada memberikan sokongan kepada 14 Adun Umno, namun “tiada jawapan diterima daripada setiausaha agung PAS” itu.
Mengenai pertukaran menteri besar Perlis tahun lalu, biro politik Bersatu berpendirian perkara itu “tidak perlu dipertikaikan lagi” kerana pelantikan menteri besar adalah kuasa budi bicara Raja Perlis.
Biro politik Bersatu menerangkan Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan Bersatu dan PAS mengemukakan nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan, selepas baginda beri ruang secukupnya kepada PAS untuk menyelesaikan kemelut politik dengan baik. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.