Friday, October 30, 2026

Raja Muda Perlis terima menghadap pengerusi lembaga pengarah UniMAP

 Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail perluas hubungan strategik dengan industri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP baharu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail (kanan), Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, Perlis. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baharu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail.

Istana Arau dalam kenyataan, berkata Raja Muda menzahirkan harapan pengalaman dan kepakaran tokoh korporat itu dapat membantu UniMAP memperluas hubungan strategik dengan industri.

“(Selain itu) meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan teknologi dan sosioekonomi negeri Perlis serta negara,” katanya.

Baginda menerima menghadap di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis.

Pelantikan Syed Zainal sebagai pengerusi lembaga pengarah UniMAP bermula 21 Sept hingga 20 Sept 2029 diharap dapat memperkukuh tadbir urus universiti, memperkasa hala tuju strategik serta menyokong usaha UniMAP untuk terus berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Syed Zainal mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai sektor strategik, termasuk automotif, tenaga, pembuatan dan teknologi.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan di syarikat terkemuka, antaranya Proton Holdings Berhad, Petronas, dan Dagang NeXChange Berhad (DNeX). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.