Thursday, January 27, 2011

Benih keruntuhan


Semasa zaman Tun Razak dahulu, bila mencari bakat pimpinan, dia menggunakan satu prinsip utama. Dia tanya melalui rangkaian maklumat, bolehkah si fulan berkerja? Dia tak tanya bolehkah si fulan di percayai.



Bila dia bawak balik Dr Mahathir kedalam pangkuan UMNO dia tak tanya boleh tak kita percaya Mahathir?

Ketika itu siapa nak percaya Mahathir? Tengku Abdul Rahman pun dia tibai. Tapi Tun Razak lebih berminat kepada kebolehan berkerja DR Mahathir. Demikian juga Musa Hitam. Masa itu dia berada dalam kem Dr Mahathir. Belum tentu boleh di percayai, tapi boleh berkerja. Dan berotak.


Tapi, bila prinsip ini di abandoned, UMNO mula menghadapi masaalah. Parti kita penuh dengan kaki pengampu dan pembodek. Inilah apa yang dikatakan oleh orang Melayu, penyokong pembawa rebah. Ini masaalah terbesar UMNO hari ini. Boleh tak di percayai di beri premium yang tertinggi mengenepikan ciri kepimpinan yang lebih penting- boleh tak kita berkerja?



Saya nak berdebat dengan orang yang tidak faham, saya letih. Saya telah menyatakan dalam artikel saya yang di tulis dalam Bahasa Inggeris, bahawa saya menggunakan ungkapan percaya dalam konteks yang spesifik.


Dalam konteks politik kelompok, bila di gunakan ungkapan percaya bererti membisu atau merelakan apa yang pemimpin atasan buat.



Kalau pemimpin kita buat salah- kita bisu. Kalau pemimpin kita korap, kita diam. Kalau pemimpin kita lemah- kita juga membisu. Kalau pemimpin kita di dayuskan, kita terus juga membisu. Sindrom bisu lah yang menjahanamkan UMNO. Dan keengganan 'berkurang ajar' sedikit. Kurang ajar bermakna enggan menerima sesuatu secara lahiriah atau face value.



Benih keruntuhan UMNO bermula sekitar tahun 1980an. Prinsip ini di gunakan sebagai asas mengenal pasti bakat pemimpin semenjak tahun 1981. Ketika itu, kualiti yang paling utama sekali yang di gunakan oleh pimpinan UMNO ialah mencari siapa yang boleh di percayai dan mengikut kata.



Apa yang salah dan silap dengan pendekatan sebegini? Kesilapan asas ialah pendekatan sebegini hanya berminat untuk self perpetuate pimpinan yang ada. Erti self perpetuate ialah melangsungkan jenis kepimpinan yang serupa. Dan kerugian terbesar dengan cara ini ialah, self perpetuity bermakna, kita bergantung kepada seorang pemimpin agung. Jika pemimpin seperti ini berundur, jika pengganti nya tidak seacuan, pemimpin berikut nya akan di kacau. Sebab, kita hanya berminat kepada self perpetuation- memastikan benih dan cara kita berterusan.



Walhal yang terbaik ialah kita wajib meletakkan landasan supaya negara ini di letak di bawah system yang self continuous. Yang bererti kalau kita takde pun( dan terror manalah sangat kita ini) negara ini tetap akan berkembang maju.



Cara self perpetituty ialah cara memilih pemimpin yang di amalkan oleh mereka yang mirip kepada membina dinasti. Ianya sama seperti ssitem feudal dimanana kedudukan kita dalam hairaki social di tentukan oleh kemalangan kelahiran( accident of birth).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.