Tuesday, May 29, 2012

ANOTHER FRACAS AT SEMBRONG, BATU PAHAT BY UMNO "GANSTERS"


UMNO gangsters have again created trouble at Sembrong. It seems UMNO is so desperate that the rakyat should not know their weakness and want to STOP Opposition leaders from speaking at Talks (Ceramah).

Its time for Malaysians to VOTE OUT UMNO/BN in the coming 13 General Elections.

Read this news in Malay of what happen:


Halang samseng, Ketua AMK Johor cedera & baju koyak




JOHOR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.
Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.
“Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.


“Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu. Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.
Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.
“Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan”, ujarnya lagi.
Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.
Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.