Thursday, August 30, 2012

Cara UMNO memuliakan Peneroka.



Dr Mahathir sekarang sibuk beri taklimat kepada ADUN2 dan MP2 BN di Yayasan Perdana. Tidak mustahil PRU diadakan ketika orang menunaikan haji. Mahathir pernah lakukan begitu. Dan jika dia jadi pengarah PRU kali ini untuk UMNO, kita boleh expect PRU bulan Oktober 2012. Orang UMNO sambut baik penglibatan Dr Mahathir dalam menentukan masa depan UMNO.

Walaupun bukan dia yang bertanding, dia yang lebih gusar. Tapi kita tidak hairan. Walaupun dia bekas PM, hendak jadi perwakilan bahagian nya sendiri dia tak mampu. UMNO- kalau dia tak berkelahi dengan parti2 lawan, mereka berbunuhan sesama sendiri. Sebab itulah, Najib tak dapat selesaikan pemilihan calun lagi. Semua orang merasakan dia winnable sama seperti Najib dan Muhyidin.

Nampak nya, dia yang lebih takut UMNO/BN kalah dari Najib. Selama 22 tahun UMNO itu Mahathir dan Mahathir itu UMNO. Maka jika UMNO tewas, legasi Mahathir akan berkubur sama. Perniagaan Muhkriz, Mokhzani dan Mirzan akan terancam. Segala kepentingan bisness Mahathir yang menggunakan proxy2 pun akan terbongkar. Segala pembohongan dan silap mata yang dia dan UMNO lakukan akan terburai.

Mengundi dan menyokong UMNO ertinya kita menyokong rasuah, penzaliman, pemerintahan ikut nafsu sendiri, penderitaan dan seumpamanya. Rakyat mesti bangkit dan kata cukup lah. Apa yang Najib lakukan sekarang semua bertujuan menyelamatkan diri. Sebab itu dia bayar sini dan bayar sana.

Bila pemimpin UMNO menuduh negara kan huru hara kalau PR mengambil alih, mereka hentam keromo. Memberi blanket statements sesiapa pun boleh. Cuba beri penghujjahan. Mengapa negara huru hara dan hancur? PR ambil alih, jentera kerajaan milik rakyat tetap ada. Penjawat awam tetap kita kekalkan. Insitusi kepolisian dan penjaga keamanan dalam negeri tetap ada. Tentera melindungi dari ancaman luar tetap kekal. Institusi pengadilan dan kehakiman tetap ada. Bermakna semua struktur berkerajaan tetap ujud. Ia nya semua bukan milik UMNO. Yang tidak ada ialah UMNO sahaja.

Janganlah UMNO menyangkakan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai mentadir dan mengurus negara. PR telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada negeri2 dibawah perintah UMNO/BN. Dengan bakat yang ada dalam UMNO hari ini, budak tingkatan 5 pun boleh buat lagi baik. Jadi, kalau UMNO kita Sadaqallahkan, tidak jadi mudharat kepada kita. Jangan ragu dan bimbang. Tamatkan riwayat perasuah, perompak dan pembuli rakyat.

Yang bimbang dan ragu ialah Najib dan Mahathir. kita akan bongkarkan segala kemungkaran yang mereka lakukan. Setiap sembahyang 5 waktu, kita menyebut `Auu-zubilla-himinassyaitan-nirrajim. Kita mohon lindung dari syaitan yang kena rejam. Erti nya, kita mohon lindung dari UMNO dan BN, parti Iblis dan syaitan.

Tanggung jawab setiap rakyat, Melayu, Cina, India dan semua bangsa Malaysia ialah satu sahaja. Menukarkan kerajaan yang jahat dengan kerajaan yang baik dan yang kita boleh kawal mulai hari pertama. Antara puak syaitan dan puak baik, akhirnya puak baik akan menang. Oleh kerana Mahathir sudah mengaku bahawa golongan UMNO/BN adalah syaitan- mereka adalah golongan kuasa hitam. Between good and evil, the good will triumph. UMNO menyebelahi golongan perasuah, penyalahguna kuasa, perogol, dan penzalim. UMNO berada disebelah penindas.

Pengundi bertanyalah kepada diri sendiri. Kita menyokong penindas atau mahu berada dipihak yang memerlukan pembelaan.

Anak2 felda mesti beritahu ibu bapa mereka betapa peneroka felda dihina. Najib kata dia memuliakan peneroka. Kerana mulia lah maka, peneroka yang berjumlah 112,635 orang mendapat 810 unit saham setiap keluarga. Jumlah saham FGV yang diperuntukkan peneroka ialah 91.2 juta unit saham.

Agihan nya ialah seperti berikut:

kategori
Unit saham(juta)
MITI
419.5
Pebadanan, institusi
1495.8
Orang ramai( Melayu dan bukan Melayu
73.0
peneroka
91.2
Perkerja felda
109.4
JUmlah ditawarkan
2,188.9



Peneroka dan perkerja Felda dapat 5.5% dari saham yang diapung. Mengapa tidak 30%? Mengapa tidak majority jika peneroka dimuliakan? Mengapa saham diberi kepada kroni UMNO? Mengapa kepada mereka yang tidak kena mengena dengan Felda? Kenapa tidak sebahagian besar dari saham tersebut? Itu tidak menjadi masaalah jika Felda membiayai 100% bukan?

Jawab nya ialah peneroka hanya dijadikan alasan untuk merompak negara oleh puak UMNO. Nama peneroka diguna oleh UMNO menopengkan samun dan rompakan yang dilakukan oleh Najib dan geng2 nya.

Peneroka dapat 91.2 juta saham. Kroni UMNO dan penyokong MUkriz dapat 419.5 juta saham. Berani atau tidak Kementerian Perdagangan mengeluarkan senarai penerima MITI approved recipients?

Dari apungan ini berapa peneroka dapat?

Kalau dia jual ketika harga saham mencecah RM 5.55 keatas, maka dia dapat RM810. Jika pembelian itu dibiayai dengan pinjaman setelah bayar yuran pinjaman RM200, maka untung bersih peneroka yang jual pada RM5.55 keatas dapat RM610.

Kalau dia jual pada harga RM5.02 seperti sekarang bagaimana? Dia hanya dapat premium 47 sen. Maka untuk 810 unit, untung kasar ialah RM380. Tolak RM200, untung bersih ialah RM180.

Setelah membanting tulang dan menjadi kuli batak UMNO selama 56 tahun, nilai peneroka yang dimuliakan sangat oleh Najib ialah RM610 hingga RM180. Ambillah angka purata dua nilai ini, dan kita dapati nilai peneroka Felda setelah 56 tahun sebanyak RM390 seorang atau RM7 setahun.

Tu dia, kemuliaan yang Najib beri kepada peneroka. Setiap tanah yang peneroka miliki dalam tanah rancangan dibayar melalui titik peluh mereka. Tanah ladang dan rumah di bayar setiap sen barulah dapat hak milik. Kerajaan mendahulukan pembelian dan perbelanjaan. Tapi semua nya dibayar semula. Jadi tidak ada percuma datang dari kerajaan. Oleh kerana itu peneroka tidak perlu taksub kepada UMNO. Bukan dia beri percuma.

Perkerja felda seramai 3835 orang akan mendapat 28,368 unit seorang. Jika Isa Samad perkerja Felda, mustahil lah dia pun dapat 28 ribu unit. Dia pengerusi. Bekas MB pula. Tentulah dia dapat lebih. Dan mustahil Mukhriz Mahathir tidak mengagihkan saham kepada Chairman Isa.  

Najib hanya memuliakan peneroka selagi mereka menyokong UMNO. Dia tidak muliakan kerana peneroka jual FFB kepada kilang Felda dan Felda perah minyak serta perah rakyat untuk dapat untung. Itu secondary importance. Yang penting, Felda kena sokong Najib dan UMNO. Itu lah sahaja yang menyebabkan peneroka dimuliakan sangat oleh Najib. Sebagai simpanan tetap UMNO.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.