Tidak mengapa , jika Syed Mokhtar punya kompeni hutang RM 34 billion. Dia kan Melayu? Apa salah nya orang Melayu kaya jugak. YTL kaya. Ananda Krishnan kaya. Quek Leng Chan kaya. Cina dan India kaya. Ok lah jika orang Melayu pun kaya.
Ye , tidak mengapa. Suatu hari nanti, bila orang masuk rumah kita, meniduri anak dan isteri kita tdak mengapa- sebab orang itu orang Melayu. Kalau demikian fikiran orang Melayu- tak dapek se nolong nya. Hidup Melayu.
Takpe, itu kita cerita lain kali.
Kali ini kita sebut pasal bajet 2013 dulu. Apabila kawan2 mengajak saya nonton TV tengok PM Najib bentang belanjawan, saya kata sori. Saya mahu dengar radio tanpa melihat wajah nya. Kalau kita nonton, saya khuatir kita tidak objektif. Yang taksub dengan Najib mulut merah akan memuji dan memuja nya. Inilah bajet yang terbaeek sejak zaman Nabi Adam AS( bukan Amerika Syarikat ye). Yang sedia tidak menyukai Najib akan mengecis nya.
Jadi lebih baik mendengar pembentangan tanpa wajah. Mungkin dengan cara yang demikian, kita boleh objektif. Saya talipon kawan saya di MOF- tuan sudah sediakan sapu tangan atau tissue ke untuk boss? Dia ketawa kerana tahu maksud saya kerana jika Najib bercakap terlalu lama, air liur akan meleleh. Kalau tak pakai tissue atau sapu tangan dia akan sapu dengan tangan dan kemudian akan salam orang lain. Kesianlah kat Muhyidin orang Muor tu.
Satu peringatan sebelum kita pergi jauh. Untuk makluman kedua pihak- PR dan BN. bajet bukan suatu anugerah atau gift dari mereka kepada rakyat. Bajet ialah permohonan oleh kerajaan yang memerintah buat masa ini, dari rakyat untuk mengeluarkan sejumlah wang yang disatukan, untuk kegunaan mengurus dan mentadbir ekonomi. Its you who are asking our money and telling us what and how you want to apply the money you asked from us. Ingat ya. So do mind your language. Ask us nicely. Bukan talk down on us.
Bukan dia beri kita- bukan ehsan, bukan hadiah. Dia orang yang minta kepada kita. Duit rakyat punya dia mohon keluarkan untuk ditadbir dan diurus.
Jadi jangan nak ek dan sombong lah dengan penggayaan bahasa yang menjebik, mengejek dan penggunaan suatu yang diminta dari kami untuk dijadikan alasan untuk ejek2. Just do your bloody job- bentangkan bagaimana kamu mahu perlakukan duit kita. Ini bukan duit bapak awak punya yang di perlakukan kepada gift kepada kita.
Najib thinks what he does is his gift to us.
Untuk 2013, kerajaan BN meminta RM251.66 billion dari kita untuk melakukan beberapa perkara. Kita mulakan dengan bertanya, mengapa perbelanjaan mengurus 80% dari bajet 2013? Ini bukan jumlah yang sikit. Kerajaan BN sudah jadi suatu behemoth yang menyedut duit rakyat untuk menampung jentera mereka. Kamu mahu belanja RM201.9 billion untuk elaun tetap, untuk bayar gaji, untuk beli perbekalan, untuk beli harta dan lain2? Berapa harga printer tu? Berapa harga setin milo? Berapa harga kereta proton untuk jabatan X tu? Rakyat mahu tahu kepada belanja untuk perbekalan sebesar RM33.7 bilion?
Mak ai- ngapo banyak nyo jang?
PER
|
BELANJA UNTUK
|
RM BILLION
|
1
|
ELAUN TETAP
|
107.3
|
2
|
BAYARAN GAJI /EMOLUMENT
|
58.6
|
3
|
BELIAN BEKALAN/SUPPLIES
|
33.7
|
4
|
ASSETS(BERGERAK N TETAP)
|
1.1
|
5
|
LAIN2 BELANJA PELBAGAI
|
1.2
|
JUMLAH
|
201.9
|
Kalau lah bajet ini instrument untuk memberi one off payments kepada pelbagai kelompok masyarakat, maka lebih baik tidak perlu bajet. Buat sahaja suatu supplementary bajet dan mintak secara khusus, ini sejumlah wang yang kami minta untuk beri kepada orang miskin, budak sekolah, pensioner, bekas tentera dan sebagai nya. For once, dont tell us the lies, we will stop telling the truth about you.
Penerima yang menerima pemberian one offs ini tentu bergembira seperti yang sepatutnya. Kerana mereka tertekan oleh kos kehidupan yang kian meningkat akibat dari tidak cekap mengendali ekonomi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Ingat itu. sekarang harga gula naik lagi. Walaupun monopoli gula di pegang oleh Syed Mokhtar. Harga beras naik lagi. Harga minyak masak naik. Harga daging sebab Shahrizat gagal dengan projek NFC- harga daging pun naik lagi.BN=Barang Naik!
Kita hendak tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit yang mereka mohon itu untuk mengembangkan ekonomi. Nak tahu, bagaimana penggunaan wang yang mereka minta boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran industry dan negara kita? Sebab apa? Sebab nya kalau ekonomi kita makmur, kerajaan boleh bayar hutang yang kini mencecah sudah tahap bahaya- hampir 55% dari GDP kita. 55% dari pendapatan negara kita.
Macam mana kita hendak tahu, apa yang kerajaan lakukan untuk tujuan mengembangkan ekonomi kita? Kita tengok bahagian bajet yang disalurkan kepada belanja untuk pembangunan atau expenditure for development. Yakni belanja keatas faktor2 yang menggandakan pendapatan.
PER
|
BELANJA UNTUK
|
RM BILLION
|
1
|
RESEB KECEMASAN
|
2.0
|
2
|
PENTADBIRAN
|
2.0
|
3
|
KESELAMATAN
|
4.6
|
4
|
SOSIAL
|
11.1
|
5
|
EKONOMI
|
30.6
|
JUMLAH
|
49.7
|
Sebanyak RM 30.6 billion untuk ekonomi- belanja buat jalan dan infratsruktur termasuklah agak nya, river of life yang kontrak membina nya dimenangi oleh syarkat yang berkait dengan Hishamudin Hussein. Takpe- menteri kaya pun, mereka orang Melayu. Apa salah nya orang Melayu kaya.
Ini benar2 bajet tidak masuk akal. Kerajaan BN belanja lebih untuk menampung jentera berkerajaan yang semakin membesar dan belanja hanya 20% untuk membina kapasiti pengembangan ekonomi.
Sikit pun PM Najib tak sentuh mengenai ekonomi luar negara dan bagaimana apa yang dia rancang untuk negara kita berkait dengan apa yang berlaku diluar. Sebab itu bila saya dengar pembentangan bajet tanpa melihat muka PM najib yang hensem itu, saya tak faham apa sebenarnya perancangan Najib. Ye lah mungkin sebab sama seperti Dr Mahathir yang hanya ada weak school certificate, saya pun lulus copot2 bidang ekonomi dari university SA- Sekolah Atap.
Dan saya percaya ¾ dari MP yang ada dalam dewan kelmarin pun tak faham. Meraka hanya mahu sesi parlimen semalam tamat cepat supaya mereka boleh berlumba lumba berkata apabila di iinterview- ini bajet best since Nabi Adam.
Pasaran di luar negara semua dalam keadaan huru hara dan berasa cemas. Ekonomi dunia berada diambang resesi ekonomi dalam masa terdekat. Setakat ini belum kita lihat pembetulan atau koreksi jangka panjang. Maka Najib tidak hiraukan itu semua, dia buat macam apa orang luar negara buat- persetankan penyelesaian jangka masa panjang- kawan nak menang pilihanraya. Itu lagi penting.
Disini dia sibuk cakap besar mengenai penyenaraian baru atau IPO. Tengok FGV dia kata. Tengok IHCC. Tengok pula ASTRO nanti. ASTRO bukan awak punya lah wok. IPO2 ini semua akan menyedut wang rakyat dan akan convert simpanan rakyat kepada asset kertas. Tidak ada faedah lansung dari perbuatan tersebut kecuali pembeli jual pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa IPO. Banyak kaunter saham jatuh dan jatuh lagi jika ini gaya nya Najib mengurus ekonomi negara kita.
Maka bajet 2013 ini seperti yang Mukhriz Mahathir sebut bila Pak Lah buat ucapan Dasar pada suatu PAU- its old wine in a new bottle. Takde yang baru. Bayar sana dan bayar sini. Beri one off sana dan beri one off sini. Saya rasa tidak ada orang akan bertemasya dengan membakar mercun dan bunga api. Di Bursa Saham sekarang, mungkin 65% hingga 70% syarikat yang tersenarai dalam keadaan tenat akibat pengurusan yang tidak cekap. SC mesti membersihkan Bursa dari syarikat2 yang menghisap darah rakyat. Sepatutnya bersihkan dulu Bursa Saham sebelum membenarkan kemasukan syarikat baru. Ada setengah saham syarikat di Bursa Saham KL tidak diperdagangkan pun. Ini menandakan syarikat2 ini berisiko tinggi dan tidak selamat. Ramai pemain saham tinggal seluar dalam sahaja.
Dunia kat luar sana berkecamuk dan Najib ambil angka dari negeri antah berantah, kata Malaysia akan tumbuh pada kadar 5%? Yang menumbuhkan ekonomi kita ialah pengusaha yang menjual barang dan khidmat mereka. Mereka nak jual kepada ekonomi dunia yang kian menguncup? Bila ekonomi besar seperti china, india dan amerika menguncup, mereka akan jaga kebajikan rakyat mereka dahulu. Mereka akan kurangkan impot barangan seperti komoditi dari Malaysia. Malaysia akan kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan, pengusaha akan scale down production dan hasil untuk negera akan menguncup juga. Jadi dari bahagian otak mana Najib datang kadar pertumbuhan ini?
Asset waqaf mahu diconvert kepada asset dalam bentuk share. Apa akan jadi? Jabatan yang jaga harta dan asset waqaf akan convert asset kepada saham. Urusetia yang jaga harta waqaf tidak lagi memiliki asset fisikal tapi asset kertas. Di perjudikan dalam pasaran saham. Naik atau turun ditentukan oleh sindiket.
Nampak nya tamak dan haloba orang UMNO dan pakar runding yang ingin buat duit dengan apa cara pun semakin melampau.
Posted by sakmongkol AK47
sy xberapa nk faham,but this really creeps me out...kalau sy gtau rakan2 mesti dpa kte jgn ditolak rezeki,sy cuma nk pahamkan diaorg tp sy sndiri xpaham mcm mane?
ReplyDeletelets say if the pembangkang wins the election in the next PRU,what should they do to decrease the debt?i think there's going to be a lot of work,am i right?