Monday, October 29, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 17)



Kalau sesorang itu mendapat duit yang banyak dengan tiba-tiba, misalnya RM2.0 juta, terkejut berok juga macam kene loteri... dan bagi sesorang yang biasa mungkin sudah lebih dari apa yang dia perlu... Tetapi bagi sesorang yang berkuasa dan memerintah sebuah negeri, berapakah amaun yang dikatakan cukup...?!! Berbilion...? Berapa...? Ini yang menjadi tanda-tanya. Apakah jangka atau ketegori yang diri dia akui selaku mencukupi...?

Jika ahli niaga yang kaya-raya ada Ferrari, dia pon hendak lebih dari Ferrari... dan persaingan kekayaan ini takkan selesai selagi nafsu bermaharajalela. Itulah sebabnya ugama Islam mengajar agar melatih diri jangan bersikap riyak, bongkak, sombong dan sifat-sifat yang buruk... Na'u'zubillah...

Selaku seorang pemerintah, seelok-elok nya janganlah bersaing juga didalam bidang kecil kecilan. Biarlah rakyat biasa yang berlumba. Jangan kacau.  Orang kecil makan kecil, orang besar biar makan di padang yang lain... Pemerintah sepatutnya mengendalikan amanah Allah untuk mentadbir dengan jujur dan adil dan melaksanakan segala perintahNya dan jauhi laranganNya. 
Kalau khalifah ataupon amirmukminin dah macam firaun, apa hal rakyat biasa...?

Pemerintah se elok-eloknya berwawasan membangunkan ekonomi negeri dan mencari idea dan berikhtiar untuk mengembangkan kuasa ekonomi negeri dengan menerajui perkembangan dana kewangan hasil dari pelaburan sisir-luar (offshore). Pemerintah juga sepatutnya berwawasan untuk mendapatkan pasaran bagi hasil hasil negeri dengan merapatkan pertalian hubungan dua-hala dengan negara luar. Itu akan menjanakan pasaran dan keperluan untuk ekspot dan juga kemasukan dana. Bukan bersaing dengan bisnes kecil kecil didalam negeri. 


Ini adalah sebab Raja Raja itu bertempat di pletfom yang amat istimewa bagi menjanakan pertalian perdagangan dua hala di pasaran antarabangsa. Mereka banyak kenalan dan hubungan dengan ahli ahli perbankan dan korporat di arena antarabangsa.Mengapa mahu kacau orang orang kecil didalam negeri...? Kalau nak jadi ahli-niaga jadilah ahli niaga, jangan jadi pemerintah... Bukankah ini dikatakan 'conflict of interest'...?
Se-eloknya, dijadikan Temasik Holdings Singapura sebagai teladan dimana perniagaan dan persaingan itu berada diarena antarabangsa... Jika Singapura yang punyer kecil negara boleh berjaya, mengapa kita tak boleh...? Sebabnya melayu leka diarena niaga antarabangsa... mentaliti subsidi yang mengharapkan suapan pemerintah kini hari, dan mengunakan kuasa eksekutif dan pengaruh untuk mendapatkan harta negara, dan kronisma yang berleluasa...

Kalau ada kuasa paksa orang memberi, budak kecik pun tahu! 
Ku Syah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.