Tuesday, January 1, 2013

Bekas Tentera dapat RM500. Pemimpin UMNO dapat RM130 juta.



Bila melalui jejambat sebelah Bangunan Umno Ampang dari KL, terpampang satu banner perhimpunan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia di situ yang dah berbulan2 lalu diadakan tetapi masih belum diturunkan.
 
Kawan2 cakap bekas2 askar ini diberikan RM500 seorang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka kepada tanahair.
Kesian!
 
Umno dok tibai duit koperasi depa dan bail out Najib dan Rosmah. Nasiblah depa dapat menteri bodoh macam kuda kayu.
Masih nak mengundi Barisan Nasional ka? Adoilarrrrrr….
 
Isu Deepak, Kementerian Pertahanan dan LTAT pula menjadi hangat
Pilihanraya semakin hampir. Najib dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan, LTAT dan Raja Ropiah telah di ketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.
Dalam isu yang terkini, bekas anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini. Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyat lah yang menjadi mangsa di atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.
LTAT di kaitkan dengan isu ini apabila koperasi untuk bekas anggota tentera ini di minta untuk membeli 80 peratus saham syarikat Astacanggih yang di punyai oleh Deepak dan syarikat-syarikat kepunyaan Deepak. Kerana apa ini berlaku? sedangkan syarikat ini tidak mempunyai nilai walaupun satu sen! Syarikat yang mempunyai liabiliti sebegitu besar di beli dengan harga yang tinggi? Astacanggih Sdn Bhd mempunyai hutang dengan Kuwaiti Finance House sebanyak RM90 juta. Jawapannya mudah: ia adalah cara untuk menutup mulut Deepak yang sangat merbahaya bagi Perdana Menteri suami isteri.
Satu persoalan yang perlu di jawab oleh ramai terutamanya kepada penyokong-penyokong membabi buta UMNO di seluruh negara ini ialah, apa kah yang mereka dapat untuk bergaduh-gaduh dengan penyokong Pakatan Rakyat sehinggakan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat di mana-mana? Kita semua tidak sepatutnya bergaduh dan sebaliknya kita semua sepatutnya bersatu menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang di lakukan oleh pimpinan-pimpinan tertinggi parti UMNO itu.
Mereka bergaduh mendapat hasil yang berpuluh-puluh juta ringgit malahan sampai ratusan juta. Yang di bawah ini bergaduh-gaduh itu apa yang mereka dapat? Itulah sebabnya kita meminta semua rakyat khususnya orang Melayu bersatu di luar UMNO kerana sekarang sahajalah masanya untuk melakukan pembaharuan dan pembersihan terhadap kekotoran yang dilakukan oleh UMNO itu.
Kita mesti juga persoalkan kenapa Muhyiddin dan kumpulannya hanya berdiam diri dalam isu Deepak dengan syarikat Astacanggihnya itu? Sebabnya kumpulan ini ada agenda tersendiri dalam UMNO itu. Kalau hendak tahu cerita sebenarnya tanya Dr Mahathir kerana beliau adalah orang yang berpengalaman memporak-perandakan UMNO itu yang akhirnya mendapat kepentingan peribadi dan keluarga beliau.
Kita sebut satu persatu. Hari ini kita sebut tentang Astacanggih, besok lusa kita cerita pasal tanah Kementerian Pertahanan yang dua ratus ekar pula jika umur saya sampai sehingga besok lusa.
Tetapi dalam pada itu kita harus bertanya kepada diri kita sendiri. ‘yang kita bergaduh sesama kariah dan mukim ini kenapa?’ Kita bersatu sahaja di luar UMNO itu. Selagi UMNO mendapat kuasa, selagi itulah kejahatan ini tidak akan berhenti.
jadi la dapat 500! hahaha (err… ni minoriti je. Majoriti sokong PR!)
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.