Monday, December 31, 2012

BN UTAMAKAN PATI, PERSENDA RCI




WAWANCARA...Sabahkini.Net sedang menemubual Zuraidah mengenai kemasukan ahli-ahli komponen BN/UMNO.

Oleh : SAIMON S JUMADI Foto : MIMIE HAMZAH

WANITA di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi dan Libaran supaya bergerak cergas selari dengan kaum lelaki untuk bekerja keras bagi mempertingkatkan dan memantapkan perjuangan parti KeAdilan Rakyat di setiap sudut untuk menawan hati rakyat agar mendapat sokongan padu.

Dengan bantuan tenaga kerja kaum wanita PKR sudah semestinya perjuangan parti Pakatan khususnyaPKR di peringkat akar umbi semakin kukuh di samping dapat meyakinkan rakyat jelata.
Kami diperingkat pusat memang memerlukan bantuan daripada kaum wanita untuk sama-sama berjuang untuk menentang habis-habisan parti lawan iaitu BN dan UMNO bukan saja di Sabah bahkan di peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR Malaysia Zuraidah Kamaruddin berkata demikian semasa diwawancara Sabahkini.Net kelmarin mengenai kemasukan 350 ahli-ahli Wanita PBS Sekong ke PKR yang diketuai Puan Norhayati Ajarai Ketua Wanita cawangan Kampung Cenderamata dan 250 ahli UMNO Cawangan Bandar Ramai-Ramai yang diketuai oleh Ketua cawangan UMNO Basrie Ibrahim.

Tambah Zuraidah kemasukan seramai 600 ahli komponen BN yang menyertai PKR merupakan satu rahmat dan ini jelas memperlihatkan tanda-tanda BN/UMNO bakal kecundang pada PRU 13 nanti.

Ditanya mengenai RCI, Zuraidah menjelaskan isu ini hanya satu gimik politik dengan tujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati rakyat di Sabah. Sebenarnya benda ini tiada kesudahannya.

"Mahukah UMNO-BN di Sabah bakal kehilangan 1.5 juta rakyat asing yang sudah diberikan mykad sebagai pengundi tegar kepada calon-calon BN/UMNO pada pilihanraya nanti?” tanya Zuraidah.

Zuraidah menambah kerajaan BN/UMNO menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati para belia di negara ini; termasuk di peringkat umur 12 tahun hingga 30-an sehingga berhak mendapat bantuan membeli telefon bimbit dari harga RM350 hingga RM500; yang bertujuan memancing undi kaum belia supaya menyokong padu perjuangan UMNO/BN.



PENYOKONG...ZURAIDAH bersama para penyokong tegar Pakatan Rakyat Ranting Taman Melanta.

Kata Zuraidah, dengan bantuan pembelian handset itu, ia merupakan satu pembaziran duit kerajaan yang dianggarkan menelan kos RM 300 juta.

“Apa saja pemberian kerajaan yang disalurkan kepada rakyat, pastinya mereka ambil namun disebaliknya mereka tetap mengundi parti Pakatan Rakyat kerana mereka sudah sedar ini semua permainan kotor para pemimpin UMNO/BN untuk meraih simpati rakyat supaya menyokong perjuangan mereka,” ujarnya.

Kata Zuraidah, tidak dinafikan kerajaan BN/UMNO mereka mengutamakan PATI daripada rakyat jati Negara. Jika PATI, mereka minta apa sahaja, walau baru setahun jagung di Sabah, sudah diberi kerakyatan Malaysia; sekalipun tidak fasih bertutur bahasa Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.