Monday, December 31, 2012

FERI LABUAN, SEPARUH TAMBANG MULAI 1 JANUARI





LABUAN: Rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan feri dan bot laju termasuk kenderaan komersial dari Labuan ke Menumbok, Sipatang, Limbang dan Lawas di Sarawak dan sebaliknya hanya perlu membayar tambang separuh daripada harga yang ditawarkan sebelum ini berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Perbadanan Labuan separuh lagi harga tambang akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada pengusaha feri, bot laju dan kenderaan komersial berdasarkan senarai nama yang disahkan oleh pegawai kerajaan yang dilantik di destinasi yang berkaitan.
Pengusaha feri, bot laju dan kenderaan komersial boleh membuat tuntutan di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang akan dilaksanakan oleh anak syarikat Perbadanan Labuan, LDH (Labuan) Sdn. Bhd) bermula daripada tarikh itu.

Menurut kenyataan itu, Pemberian subsidi tambang ini adalah lanjutan pembentangan bajet 2013 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Pemberian subsidi tambang ini adalah meliputi destinasi perjalanan seperti berikut.

Bagaimanapun, bagi kenderaan komersial, kerajaan telah menetapkan hanya mereka yang berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) layak untuk membuat tuntutan subsidi tambang 50% yang menggunakan perkhidmatan feri kenderaan dari Menumbok ke Labuan atau sebaliknya.

Kenyataan itu turut menjelaskan, pemberian subsidi tambang diskaun sebanyak 50 peratus itu adalah bertujuan mengurangkan kos perjalanan pengangkutan laut yang ditanggung oleh rakyat Malaysia ke destinasi yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah dan Sarawak.

Manakala pemberian subsidi tambang bagi kenderaan komersial bertujuan untuk mengurangkan harga barangan dan bahan binaan yang di bawa masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui tanah besar Sabah termasuk juga dari Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.