Saturday, December 29, 2012

Pelajar diupah RM20 untuk maki peserta Himpunan Oren.

Aku baca neh tadi ;


KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

 

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa. “Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun. “Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka. 

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya. Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok. 

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. -KD-

Aku tatau betul ke tak betul tetapi sudah sampai masanya wartawan keadilandaily selangkah ke hadapan. Maksud aku lenkali dah dorang mengaku, record la. Gunakan perakan suara mahupun video. 

Tak semestinya video dalam bentuk video oke. Kita ada macam2 alat spy kan. Buka je website ebay tue. Bersepah product2 spy menyepai neh. Aku sarankan keadilandaily tiru langkah hanief. Dia bijak gile time record soalsiasat oleh pegawai SKMM hari tue.

Macam tak percaya. Punyalah longgar kawalan mereka sehinggakan alat hanief boleh lepas masuk bilik soal siasat dan akhirnya mendedahkan rakaman tersebut.

So KeadilanDaily boleh tiru. Ini perkara yang baik. Takde bajet? Minta je kat kerajaan negeri selangor. Bukan apa, kalau setakat cakap2 gini, baca boleh la. Pro pembangkang memang arh percaya. Tetapi sasaran KD bukan pro pembangkang je kan? Hehe.   

Rakam sekali. Biar meletup meletup berapi mao umno kantoi. Bukan perkara baru mereka berdemo dan mereka dibayar. Kita seme tahu. Aku pun tahu. UMNO lebih tahu. Dan Allah swt maha mengetahui. 

Tetapi kali neh kita nak titikan apa yang kita tahu dalam bentuk video. Ini bukti sahihnya. Mao mampus tergolek kaw nak menjawab. Oke tak KD? Buat ek untuk next time. Baru la berapi2 wajah UMNO time terkantoi.

- amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.