Saturday, December 29, 2012

Siapa politician terima RM8 juta dari Deepak?



MERABA MALAM                                                                                                        

Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih.

Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan.

Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman.

Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?

Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di bubarkan?

Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat. [wm.kl.8:55 pm 28/12/12]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.