Monday, December 31, 2012

SKANDAL KERETA LABUAN DI SABAH




Saudara Pengarang,

MULAI 1 Jan 2013, semua pemilik kenderaan di Labuan yang dikehendaki membuat deklarasi kenderaan masing-masing melalui borang Kastam K1 setahun sekali sebelum keluar dari Labuan.

Sistem ini telah dilaksanakan semula oleh KDRM dengan alasan ada pemilik kenderaan tidak membawa balik kenderaan mereka setelah habis tempoh 90 hari (dalam setahun). Jika tiada deklarasi dan bon; maka Jabatan Kastam tidak dapat menghadapkan pemilik kenderaan ke mahkamah.
Kami mewakili Unit Pencari Kebenaran Rakyat ingin bertanya kepada KDRM;

Pertama : Kastam telah melantik agen perkapalan S & V Services untuk mengisytiharkan semua kenderaan yang hendak keluar dari Labuan dengan bayaran sebanyak RM100 untuk sebuah kereta.

Kami hendak bertanya KDRM, kenapa rakyat perlu berurusan dengan agen yang dilantik oleh KDRM? Adakah pegawai atasan kastam mempunyai agenda tersendiri seperti bekas Ketua Pengarah?

Bukankah semua pemilik kenderaan sebelum keluar dari pulau bebas cukai ada mengisi borang perakuan yang disediakan oleh KDRM Labuan sebelum dimasukkan ke dalam komputer KDRM.

Bukankah semua pemilik kenderaan perlu fotokopi kad kenderaan bersama Kad pengenalan dan tandatangan borang Maklumat Kenderaan dan Pemilik sebelum kastam mengeluarkan Kad e VIS (E21A)?

Adakah Sistem komputer KDRM Labuan masih lagi dalam tahun 80-an? Bukankah dengan satu klik,sudah tahu kenderaan mana yang tidak balik ke Labuan selepas habis tempoh?

Kami tidak berniat untuk memfitnah KDRM, tetapi maklumat yang kita terima daripada orang awam dan atas risikan Unit Pencari Kebenaran, kenyataan yang kami paparkan di artikal ini adalah benar.

Kedua ; Kereta yang tidak balik ke Labuan selepas habis tempoh; kebanyakannya kereta mewah dan pemiliknya semua kebanyakan kawan rapat atau ada hubungan dengan pegawai KDRM.

Kami juga mendapat maklumat ada sebuah kereta mewah dimiliki oleh seorang penyeludup terbesar di Kota Kinabalu yang tidak membayar cukai dan sudah bertahun kenderaan tersebut berada di Sabah.

Namun tiada tindakan dari cawangan pencegah kerana difahamkan semua pegawai di Kota Kinabalu sampai ibu pejabat di Putrajaya dalam 'pay roll' KING Penyeludupan Sabah ini.

Sebenarnya, penyelewengan di KDRM berhubung kes kenderaan Labuan yang dibawa keluar tetapi tidak balik ke Labuan kerana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM250 hingga RM350 kepada pegawai KDRM untuk cop Kad e-VIS untuk 2 hari setiap 3 bulan.

Kenderaan tersebut sudah berada di Sabah 90 hari atau lebih. Kenderaan berkenaan tidak perlu dihantar balik ke Labuan kerana mereka hanya perlu serahkan kad -eVIS kepada Ejen Perkapalan.

Daripada maklumat yang kami terima ialah agen yang kini dilantik oleh KDRM untuk berurusan dengan KDRM untuk di cop 3 atau 5 hari bagi setiap 3 bulan. Inilah cara pegawai KDRM cari makan pegawai KDRM dan akhirnya rakyat yang disusahkan.

Adakah logik RM100 untuk deklarasi sebuah kereta dengan pihak KDRM? Bukankah agen sekarang semua guna sistem komputer yang sudah link dengan kastam? Bukankah caj yang dikenakan agen lebih mahal dari tambang feri untuk mengangkut kenderaan ke Labuan. Tambang tiket sebuah kereta untuk pulang balik ke Sabah hanya seratus sahaja. Dalam Budget 2013, Kerajaan beri subsidi 50% untuk tambang feri bagi mengurangkan beban penduduk di Labuan.

Persoalan di sini ialah salah siapa? Rakyat atau Pegawai Kastam? Siapa yang merosakkan sistem kerajaan yang sedia ada?

Cuba pembaca Sabahkini.net tengok di Sabah dan Sarawak tentang rokok dan minuman keras yang dijual di kedai kopi dan pusat hiburan. Bukan semuanya 80% tidak bayar cukai. Ibu pejabat kastam ambil Labuan sebagai Kambing Hitam dan sebenarnya semua rokok dan minuman keras masuk terus ke Pelabuhan Sepanggar Bay dan Gudang Berlesen di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Di Sarawak pula, rokok dan minuman keras masuk di pelabuhan Sibu, Bintulu dan Kuching dan kemudian ditarik keluar dengan mengisytiharkan sebagai barang tidak bercukai. Di Semenanjung pun sama juga masuk 'Bonded Warehouse' dan guna 'tax stamp' palsu yang dijual sekeping RM0.30 sen kepada sindiket penyeludup.

Kontena yang bersusun susun di pelabuhan dan gudang berlesen di Sabah dan Sarawak untuk ditarik keluar, tidak termasuk seperti Imported Jubin, Barangan Elektrik, Sayap Ayam (Tiada AP)

Yang hebat sekali ialah menjual minyak diesel subsidi oleh bot pembekal di perairan Labuan. Pernahkah pihak berkuasa seperti kastam tangkap?

Ketiga ; macam mana dengan kes Bekas Ketua Pengarah Kastam, Dato' Seri Khalid? Sekarang Timbalan Ketua Pengarah KDRM pun orang Sarawak dan patutlah aktiviti kroni penyeludpan mereka di Sarawak dan Sabah berjalan dengan lancar menggunakan pelabuahan dan gudang berlesen.

Untuk makluman SPRM. Sila pantau di semua pelabuhan dan lokasi gudang berlesen tersebut di atas kerana kastam yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan dan juga sindiket mengunakan 'tax stamp palsu' kastam di KL.

Nanti kami akan salurkan maklumat 'A' terus ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Kepada semua Pengarah & Pegawai Pihak berkuasa jabatan kerajaan Malaysia. Insaflah kerana baki pahala anda tidak mencukupi untuk anda ke syurga. Sila tambah nilai amalan anda sebelum tarikh hayat anda luput.

Marilah kita bersama-sama membongkarkan kegiatan salah gunakuasa dan rasuah di jabatan KDRM kepada SPRM.kita akan bongkarkan satu demi satu dari bekas Ketua Pengarah hingga terkini di artikal kami akan datang.

Salam Hormat.

UNIT PENCARI KEBENARAN RAKYAT.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.