Wednesday, January 30, 2013

Blogger PR 'Anak sungai derhaka' ditangkap khalwat dengan BINI orang - blog pencacai


Seorang blogger popular pro pakatan rakyat telah diberitakan ditangkap kerana berkhalwat dengan seorang wanita yang dibambarkan sebagai isteri orang. Kes tersebut didedah oleh seorang blogger pro umno dalam blognya .


Walau bagaimanapun anak sungai derhaka menafikan berita tersebut dan menyatakan bahawa ia adalah fitnah semata-mata.

Ikuti  penjelasan anaksungaiderhaka



Aku pun kena fitnah?.. Ha.. ha.. ha.. malang sungguh..

Semalam secara tiba-tiba ada beberapa orang sahabat bertanya kepada aku.. “Betulkah aku telah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang?”..

Terpinga-pinga juga aku mendengar soalan itu.. aku Tanya mereka “Bila aku kena tangkap tu?.. Dekat mana?..”

Selain beberapa orang sahabat tu ada juga Blogger Pro UMNO yang minta penjelasan melalui laman Twitter..

Beliau bertanya “betulke lu kantoi ngan bini orang der....aku ingat anwar aje kantoi tp macai macam kau pun ikut jejak jugak”

Oleh kerana aku tak tahu apa cerita sebenar jawab aku “Bini orang mana pulak dah.. Adoi... Fitnah tu Bro..”

Kemudian di jelaskan dari mana dia dapat berita itu “Aku baca kt blog kedahkekl “

“Bro.. Walaupun kita bermusuh dlm politik.. Aku hargai pasai hang bertanya.." jawab aku..

Bila aku cari Blog kedahkekl..

Mak aih!!! Punya lah hebat fitnah yang dia tulis tentang aku.. baca apa yang aku dah printscreen apa yang dia fitnah pasal aku ni..


Sebenarnya ramai yang tidak membaca fitnah di atas sehingga habis.. kerana sumber berita yang dinyatakan oleh admin Blog kedahkekl iaitu McTheory itu tidak ujud dalam dunia, hanya ujud dalam khayalan McTheory sahaja..

Kononnya dia menulis artikel fitnah buat aku itu kerana membalas dendam bila artikel yang aku siarkan dengan tajuk "Video cybertrooper UMNO bergaduh kerana berebut duit tersebar!!"

Artikel tersebut hingga ke saat ini telah melebihi 30,000 views.. dan terima kasih diucapkan kepada Tranungkite dan Harakahdaily yang dah meningkatkan aliran traffik ke blog ASD ini semalam..

Katanya itu adalah fitnah kononnya...

Tapi yang bodohnya dia menyerbu membabi buta.. kalau admin Blog kedahkekl iaitu McTheory baca dan klik pada link yang ada di bawah video kedua tu.. (Video-video episod seterusnya sila lihat di ( SINI )) pasti dia akan tahu siapa punya kerja..

Dan info tentang blog yang membuat pendedahan tersebut telah diberikan oleh seorang X-UMB yang malu nak mengaku dia dulu dari UMB.. sebab apa aku tak tahu..

Tapi oleh kerana kurang cerdik maka admin Blog menyerbu membabi buta.. macam babi yang buta.. ha..ha..ha..

Mungkin aku dah terpijak ekor dia.. sebab tu lah di panas semacam saja..

Dalam Facebook aku pula ada yang berkata "Saman dia Bro..."

Tapi bila aku rujuk kat seorang Lawyer yang dipercayai sebagai ahli UMNO sebab dia rapat dengan Datuk UMNO yang rapat dengan aku ni..

Kata dia "Hang tak payah buang masa hang laaa... Memang hang boleh menang kalau hang saman dia.. tapi dia tu ada duit ka nak bayar?"

"Kalau dia ada duitpun dia tak akan bayar punya... macam kawan hang yang kena dengan Rais Yatim tu.."

"Buang masa.. buang tenaga.. buang duit... lagipun hang bukan nak bertanding dalam pilihanraya ni...."

"Tak payah layan la.. "

Hmmm... betul tu.. buang masa.. buang tenaga.. buang duit.. dan aku menjawab ni pun boleh dikategorikan sebagai membuang masa..

Tapi oleh kerana aku dah janji dengan beberapa Blogger Pro UMNO di negeri ini.. aku jawab juga..

Ni buat admin Blog kedahkekl.. lain kali kalau nak fitnah letak gambar aku kononya kena serbu macam kat atas tu.. hang jangan letak gambar kereta Proton Wira.. pasai kawan-kawan aku gelak..

Hang letak gambar kereta yang kena serbu tu gambar kereta Toyota Estima.. pasal aku pakai Toyota Estima 2.4 Aeras.. (sorry takbur sikit..)

Dan lagi satu... tak payah provoke dalam Twitter aku.. pasal aku tak layan macai-macai UMNO yang aku tak kenal.. buang masa saja...

Buat yang membaca blog ASD ni.. kalau boleh jangan search Blog kedahkekl tu.. nanti naik pulak rating dia.. ha..ha..ha.. hampeh betoi blogger UMB sekorx nih...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.