Thursday, January 31, 2013

Contoh kerja BAHALOL Polis Diraja Malaysia


Polis Diraja Malaysia sejak berzaman terkenal sebagai pelaku kerja-kerja jahat dan zalim. Sebut saja pasal rasuah, polis number satu. Pasal peras-ugut, polis juga banyak melakukannya. Merogol, polis juga tidak ketinggalan. Kaki judi, memang ramai polis terlibat. Menyamun dan merompak, seakan menjadi kerja biasa dikalangan ramai anggota polis. 

Tidak cukup dengan segala kerja-kerja jahat di atas, Polis Diraja Malaysia juga turut merelakan anggotanya menjadi seakan anjing belaan kepada syaitan yang menyerupai manusia

Himpunan Kebangkitan Rakyat telahpun berlalu dan berlangsung dengan aman, tenteram dan amat berjaya. Rakyat berbilang kaum bangga dengan kejayaan majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat pada tarikh keramat, 12 Januari 2013. 

Kerajaan Rakyat turut beri penghargaan kepada pihak polis atas kerjasama yang telah ditunjukkan semasa majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat itu berlangsung. Malangnya,anjing, tetap anjing! Justeru, kerja bahalol di bawah ini diumumkan olih PDRM:

Contoh kerja BAHALOL Polis Diraja Malaysia, cari pembawa kanak-kanak di Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013
Polis telah mengeluarkan gambar 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pada 12 Januari lalu.

Ia diumumkan dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur, berserta dengan gambar mereka yang terlibat. Ini dirakamkan semasa perhimpunan, yang juga digelar KL112.

Ia menyatakan bahawa perbuatan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka, melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

Pihak polis telah merayu kepada mereka dalam gambar tersebut , serta sesiapa yang mempunyai maklumat, datang ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan di talian 014-6225 262.

Star Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sebagai berkata walaupun tarikh akhir tidak ditetapkan, tetapi mereka harus tampil secepat mungkin untuk memudahkan siasatan.

Nota: Patut kes jenayah bertambah, rupanya polis bahalol, sanggup ikut suruhan syaitan yang dikenali..!

- Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.