Thursday, January 24, 2013

DATUK PENIPU MILIKI PHD PALSU?






Oleh : JAIRIN BIN LAJIM

MOHON disiarkan Laporan Polis ini di dalam portal popular Sabahkini.net mengenai isu penting ini demi kepentingan orang ramai agar tidak tertipu atau terpedaya dengan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri Utama dan juga memakai gelaran 'DR'.

Saya tidak mempunyai niat bersimpang atau ingin mengaut keuntungan peribadi, melainkan sekadar pedoman kepada bakal mangsa agar tidak tertipu oleh manusia 'Siluman Anaconda'.
Tiada siapa menyangka manusia ini yang pernah memimpin pertubuhan yang mempunyai ahli seramai 40,000 orang adalah penipu besar yang hidup di atas kesengsaraan orang lain.

Berikut isi kandungan laporan polis untuk dijadikan panduan kita bersama;

"Saya bernama Jairin Bin Lajim (KP: 800509125953) pada 17 Februari 2012 telah memasukkan wang sebanyak RM35,000 (tiga puluh lima ribu ringgit) ke akaun syarikat Bridge IT System, anak syarikat Mustwin Sdn Bhd yang dimiliki oleh seorang lelaki bergelar Datuk Seri Utama Dr Mohd Jeffrey Rosman. Beliau juga memegang jawatan Yang DiPertua Pertubuhan Perkasa Malaysia Negeri Sabah.

Saya membuat bayaran tersebut untuk melabur perniagaan dalam kerja-kerja membekal dan memasang Papantanda (Mini Billboard) sebanyak 10 unit untuk dipasang di sekolah-sekolah yang kononnya sudah ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Sandakan.

Sebelum membuat bayaran tersebut, saya menerima surat tawaran dengan terdapat lapan syarat yang diberikan beliau menerusi surat yang salinannya diberikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin; yang antara lain meyakinkan saya untuk membuat pelaburan yang keseluruhannya membawa keuntungan kasar sebanyak RM90,000 (Sembilan Puluh Ribu Ringgit Sahaja) akan dibayar kepada saya dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan dibuat kepada Syarikat Bridge IT System. Saya difahamkan kedua-dua syarikat tersebut berpejabat di bandar Tawau.

Pada 24 Julai 2012, saya secara peribadi telah menemui individu bergelar Datuk Seri Utama Dr ini dan memberitahu saya sebagai pemilik syarikat, dia akan membayar semua tuntutan saya kelak.

Bagaimanapun sebelum saya membuat tuntutan saya telah mendapat maklumat bahawa lelaki bergelar Datuk seri Utama itu adalah seorang penipu yang telah berjaya memperdayakan beberapa orang peniaga tempatan sama ada di tawau, sandakan dan Kuala lumpur.

Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menyiasat lelaki berkenaan serta mendapatkan sejumlah wang saya semula. Saya juga membuat laporan polis agar pihak polis menyiasat gelaran Datuk Seri Utama Dr yang dimilikinya bagi mengelakkan ramai lagi akan tertipu oleh perbuatan beliau."

1 comment:

  1. Sy Felix Silalahi juga telah tertipu oleh junior sekolah sy sendiri mohd jeffry pd thn 2001 di Sandakan kununnya menjalankan binis airpak courier service akhirnya semua wang yg sy labur hilang begitu saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.