Thursday, January 31, 2013

Ibu Bapa dipaksa melanggan Berita Harian di Selangor?.. Kenapa agaknya?



Disebabkan jualannya yang semakin hari semakin merudum, gara-gara kredibilitinya musnah selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah, pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan akhbar yang menjadi Lidah Rasmi UMNO daripada terus kerugian..

Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai bagi membantu meneruskan survival akhbar tersebut. 

Akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa,( UIAM ) dengan tajaan pihak tertentu.

Malangnya walaupun diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah... sila baca di ( SINI )

Dan ini pula adalah kisah mengenai Berita Harian pula, dari e-mail yang diterima daripada seorang waris kepada pelajar Sekolah Rendah Desa Aman beliau mendakwa para Ibu Bapa kepada pelajar di Sekolah tersebut telah dipaksa melanggan akhbar Berita Harian.

Apa yang dipersoalkannya ialah meskipun akhbar tersebut mempunyai sisipan khas untuk pelajar UPSR iaitu 'Didik' yang disertakan bersama akhbar tersebut dua kali dalam seminggu tetapi Ibu Bapa dipaksa untuk melanggan selama sebulan.. 

Ini e-mail beliau..

SALAM,

SAYA ADALAH PENDUDUK DESA COALFIELDS SUNGAI BULOH, SELANGOR. SAYA INGIN BERKONGSI CERITA.

HARI INI SAYA HAIRAN KERANA MENDAPAT SURAT DARI PIBG SEKOLAH RENDAH DESA AMAN DI SINI AGAR MELANGGAN SURAT KHABAR BERITA HARIAN YANG PENUH KEHAIRANAN INI DENGAN HARGA DISKAUN RM1 BERBANDING RM1.50.CARA MEMANCING NYA PULA,SURAT KHABAR INI MEMPUNYAI SISIPAN DIDIK UPSR YANG AKAN DI GUNAKAN DALAM LATIHAN TAMBAHAN KHAS.BARU JE DAPAT RM100,DAH MINTAK RM30 SEBULAN PULAK.

PIBG DESA AMAN INI SEHARUSNYA MEMPERJUANGKAN NASIB ANAK-ANAK MURID YANG BERGELUT DENGAN BAU TAHI AYAM DARI KILANG BAJA HARAM LAY HONG YANG DAPAT DI LIHAT DARI SEKOLAH.MASAALAH YANG DI HADAPI DARI ZAMAN KERAJAAN BN LAGI.KILANG YANG SUDAH MASUK TV3,KOSMO,HARIAN METRO DAN LAPORAN KEPADA PBT YANG LAIN TAPI MASIH BEROPERASI.HAIRAN BUKAN??

CUKUPLAH RAKYAT SERTA PELAJAR UNIVERSITI DI BRANWASH,JANGAN PULA ANAK-ANAK KECIL KAMI JUGA DI BRAINWASH.

DISINI DISERTAKAN ATTACHMENT BORANG LANGGANAN YANG DIKATAKAN BUKANLAH WAJIB TETAP SEPERTI TERSELINDUNG MAKSUD AYATNYA

(sisipan itu akan digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru mata pelajaran semasa sesi pembelajaran).dalam kata tersirat:tak beli tak belajarlah anak anda.

SEKIAN

Ni borang langganan.. sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..


Bagi golongan yang berkemampuan RM30 sebulan bukanlah satu perkara yang membebankan.. tetapi ianya sememangnya amat membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.. seperti bekas Puteri UMNO ini .. sila lihat di ( SINI )

Kenapa ibu bapa dipaksa melanggan selama sebulan sedangkan hanya lapan kali sisipan tersebut disertakan dalam sebulan??

- ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.