Thursday, January 31, 2013

Najib, Gaza dan PERMATA



Dato Najib macam sudah tahu. Orang akan hentam dia dengan isiu PERMATA. Orang sudah pun hentam dia mengenai lawatan nya ke Gaza. Mahmoud Abbas pun hentam dia. Kalau nak beri sumbangan kepada Hamas, dia boleh wakilkan NGO. Tapi sebab nak mencipta nama, dia masuk ke Tebing Gaza dan mengundang kecaman. Kena lah terima. Bukan  suatu pencapaian yang menggegarkan dunia pun. Hamas pun tahu dasar Najib mengenai Islam. Tapi orang nak beri sumbangan, mereka terima.

Saya dah kata- kalau cawangan UMNO panggil Najib rasmikan pembukaan tandas awam, dia akan pasti datang. Panggil lah. Mujarrab.

Demikian juga dengan isiu peruntukan untuk PERMATA. PERMATA bukan kementerian.  Tidak semena mena Dato Najib menyerang terlebih dahulu. Dia kata pembangkang akan serang projek PERMATA, projek kesayangan kak Ros. Parlimen sudah lulus RM100 juta lagi untuk tahun 2013. Dan PERMATA dapat lagi peruntukan tambahan.

Baiklah, kita lupakan bahawa yang mengetuai PERMATA nama dia Rosmah Mansor. Kita memang pun nak melupakan Kak Ros dan semua pemimpin UMNO. Kalau nama dia Ng Yen Yen pun kita akan soal. Mengapa mintak peruntukan tambahan? Dah dapat RM100 juta tak cukup? Siapa buat bajet kamu? Budak tingkatan 5? Atau murid PERMATA?

Tidak pernah terjadi pun dalam sejarah kita, isteri PM mengetuai suatu pertubuhan dan mendapat peruntukan dari parlimen. Kalau ambil duit, kena berjawab di Parlimen. ini protokol. Kalau begitu beri lah izin kepada semua isteri menteri BN mengujudkan program ala PERMATA dan beri peruntukan. Isteri PM boleh, maka isteri menteri pun mesti dibenarkan.

Dan Najib tidak boleh kata, sebab dia PM dan menteri kewangan, ikut suka dialah siapa dia nak beri. Ini bukan duit peribadi. Apa pun wang yang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dan diperuntukkan kepada sesuatu kegiatan, akan disoal. Tugas parlimen mesti tanya, kemana dan untuk apa duit itu dipakai. Kalau tak boleh tanya, maka baik tidak ada parlimen.

Tetapi, yang Najib nak buat pre-emptive strike kenapa? Ada sesuatu ke yang tak kena? Sebab PM tahu, sang isteri dapat peruntukan parlimen untuk suatu program nya, adalah perlakuan yang unconscionable. Bagaimana MP BN nak mempertahankan langkah tersebut?

Peruntukan untuk sekolah agama rakyat juga RM100 juta. Untuk sekolah jenis kebangsaan cina, Najib beri pada awal nya RM100 juta dan bila Chua Soi Lek hentam agama Islam ketika perhimpunan agung MCA, Najib wasathiyah beri peruntukan tambahan RM30juta. Sekolah agama rakyat menghasilkan kanak2 berjiwa Islam. Kanak2 yang dihasilkan oleh PERMATA buat apa? Menyanyi dan menari, aku anak kampong? Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang hanya mendidik sampai darjah 6 pun dapat RM100 juta, tapi agihan nya hanya Palanivel dan Lord Murugan sahaja yang tahu.

Semenjak 2009, Dato Najib memperuntukan wang yang banyak kepada PERMATA idaman nya ini. Pada tahun 2009, peruntukan nya RM109 juta bagi tujuan menubuhkan pusat jagaan kanak2.  Tentu kita nak tahu- setakat ini berapa jumlah pusat jagaan kanak2 yang telah dibina? Adakah pembinaan nya mengikut tender terbuka atau sama seperti jawapan yang Najib beri- ikut suka saya lah. Atau pun premis2 yang sedia ada diubah suai dan digunakan oleh PERMATA?

Setelah diberi peruntukan RM109 juta, tak sampai setahun, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta di pohon. Rakyat bertanya untuk apa? Tidak kah cukup peruntukan RM1.2 billion setahun diperuntukkan untuk tujuan yang sama pada tahun 2012? Dari RM1.2 billion ini, habuan PERMATA berapa?

Dan pada tahun 2011 dan 2012, peruntukan untuk PERMATA ini ialah RM110 juta setahun. PERMATA ini suatu kementerian kah? Atau suatu bahagian dari suatu kementerian? Kalau dibawah kementerian, mengapa tidak menteri pelajaran yang memantau operasi nya? Muhyidin menteri tak sepandai Rosmah Mansor ke?

Program ini apa tujuan nya? Hendak melahirkan segolongan kanak2 super pintar? Beberap tahun yang lalu, saya ada mencadangkan kalau hendak lahirkan kanak2 super pintar dari golongan miskin, baik kita kontrakkan program khas ini kepada  encik Anand Kumar( India) yang memulakan program India Super 30. Dalam program tersebut, Anand Kumar memilih 30 orang remaja yang pandai dari golongan bawahan dan menyediakan mereka untuk memasuki Indian Institute of Technology. Syarat kemasukan ke IIT lebih ketat dari hendak masuk MIT di USA. Boleh Kak Ros buat macam ini? Barulah kita boleh tengok sama ada peruntukan RM110 juta itu berbaloi atau tidak?

Kenapa mula dengan kanak2 umur 4 tahun? Berapa banyak kanak2 yang dianggap pintar terutama oleh akhbar arus perdana terkandas bila masuk ke alam dewasa? Kalau setakat menghimpunkan kanak2 dalam klas, beri makan daging dari Meatworks dan susu dari ladang lembu Kak Jat kemudian ajar menari dan menyanyi, kelas Kemas pun boleh buat. Cuba beri RM100 juta ke tadika Kemas, mungkin kita akan dapat hasil yang lebih baik. Kalau hendak lagi afdal, berikan RM100juta itu kepada tadika  PASTI.

Dalam tahun 2012, kita diberitahu bahawa 608 pelajar dari 56 pusat PERMATA akan jadi graduan. Kemana mereka pergi? Masuk sekolah pintar?

Betul Dato Najib cakap- pembangkang akan tanya dan mereka berhak tanya pun. Sebab duit datang dari peruntukan parlimen. Apa sebenar nya agenda PERMATA? Tidak kah kita sudah mempunyai banyak tadika? Mengapa PERMATA menyasarkan kanak2 berumur 4 tahun? Adakah ini kerana Rosmah Mansor buat kaji selidik dan menjumpai bukti saintifik bahawa pada umur 4 tahun ini, adalah usia yang mempunyai potensi untuk melahirkan 100 Einsteins dan 100 Bertrand Russel? Einstein ketika 4 tahun umur nya, belum boleh bercakap pun lagi. Boleh kita cabar Kak Ros, lahirkan seorang pemenang Nobel Prize dari program PERMATA ini supaya boleh kita pertahankan memberi peruntukan yang banyak kepada nya?

Tentu kita tanya. Kalau sejak tahun 2009, Najib telah beri setiap tahun RM120 juta, makna nya sudah RM360 juta diberi. RM 360 juta ini dibelanjakan keatas apa? Membina 56 pusat jagaan kanak2 atau sekolah khas untuk mereka? Berapa kos setiap sekolah? RM 5 juta? Itu akan bermakna sebahagian besar peruntukan ialah untuk membina sekolah khas? Pernah kah operasi sekolah2 ini yang memakai duit rakyat di odit? Kena odit lah sebab duit pembayar cukai.

Tidak masuk akal lansung, perbelanjaan duit milik rakyat dilakukan oleh isteri menteri. Yang berjawatan ialah suami. Yang isteri masuk campur pengurusan negara apahal? Lebijh baik presiden UMNO pilih isteri nya jadi winnable candidate.  Putrajaya nampak OK.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.