Thursday, January 31, 2013

Permohonan Semakan Kehakiman Dalam Kes Jengka 12




Mazlan Aliman
Permohonan untuk Semakan Kehakiman dibawah aturan 53 kaedah 2, kaedah2 Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar 10.45 pagi ini.

Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yg menyekat aktiviti di mana2 rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan,

Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hj Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar Mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana2 tanah rancangan Felda seluruh negara,

Tuntutan gantirugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah(pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua.

Peguam Hj Haris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris mewakili saya dan Hj Hashim. Esok, peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan.

Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di felda seluruh negara. Mana2 pengurus termasuk JKKK yg cubamenyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah.


Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk MEMENJARAKAN pengurus felda dan Jkkk yang engkar dengan keputusan Mahkamah!

Bersama2 memberi sokongan pada hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ust Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Ust Suhaimi Saat, Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi ANAK Pahang, Yohanis Ahmad dan wakil2 peneroka.













- Gaya Peneroka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.