Wednesday, February 27, 2013

UMNO Khianat Melayu (3/3)



Orang Melayu mesti sedar perkara ini. Bila Najib kata kalau PKR menang, DAP akan perintah negara- dia DUSTA. Bila dia kata Nik Aziz anggap penerima BR1M adalah haiwan- dia DUSTA lagi!. Yang Nik Aziz kata ialah UMNO memperlakukan penerima BR1M seperti ayam yang diberi makan denak. Najib PENDUSTA. Dan semua orang tahu bila Najib kata dia tak kenal Ziana Zain dan Altantuya- dia DUSTA lagi.

Tuhan tak beri kita dekat dengan Pendusta.

Dia beri BR1M kepada rakyat kerana hendak beli kesetiaan rakyat dan lembutkan hati rakyat. Maka dia berlakun cakap lembut macam pondan kerana hendakkan orang lembut kepada dia.  Dia rasuah orang sana sini, sebab rupa2 nya , dia laki bini balun duit rakyat.

Najib guna Islam untuk sumpah sana sini dan menghina orang lain.dia sebut maqasid shar-iyah, wasathiyah dan lain2 tapi nak beri contoh najis mughallazah, dia tak tahu. Orang kata Allah swt- dia kata Allah saw. Orang kata Muhamad saw , dia kata Muhammad swt.

Bila kita hendak beri pendidikan percuma, turunkan harga minyak, hapuskan sabsidi kepada IPP- yakni bila kita hendak buat kebaikan, dia mahu teruskan kezaliman. Pengikut nya kasar, simbah cat, maki hamun orang, baling batu dan kayu, tikam orang, merusuh sana sini. Najib lagak macam kepala gangster kerana dia ingat UMNO ada 3.2 juta ahli. Tapi dalam PRU 2008, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi.

Dan bila orang suka kepada Islam, dia kata kalau system Islam dilaksanakan negara akan huru hara. Ertinya, dia anggap apa yang ada dalam Quran hanya cerita orang zaman dahulu.

Orang Melayu yang beragama Islam hanya ada satu pilihan keatas orang seperti Najib- singkirkan dia dan UMNO dalam PRU13 ini. Melayu tdak mati, dan yang melindung orang Melayu ialah keyakinan kepada undang2 dan sebuah kerajaan yang adil didalam nya ada pemimpin yang baik2.

Budaya UMNO sejak tahun 1981, ialah budaya perompak. Setiap projek untuk rakyat sebenarnya adalah suatu rencana membalun dan melanun rakyat. Dalam UMNO, samun dan rompak sudah diinstitusikan. Makna nya, samun dan rompak sudah menjadi keperangaian kedua- second nature kepada UMNO.

Kenapa jadi begini? Sebab falsafah yang melandasi perjuangan UMNO sejak tahun 1981, bila mamak bendahara mengambil alih kerajaan, berubah. Kepentingan rakyat diganti dengan kepentingan peribadi dan kepentingan kroni. Masa depan pemimpin UMNO dan kroni adalah masa depan gemilang dan penuh kemewahan. Masa depan rakyat adalah suatu masa depan yang kelam dan banyak kesusahan.

Seperti yang saya nyatakan- UMNO mahukan kesamaan dalam hasil- equality in outcome. Semua orang mesti tamatkan perlumbaan pada masa yang sama. Oleh kerana matlamat UMNO ialah equality in outcome- ianya menyebabkan campurtangan kerajaan dalam proses ekonomi. Kerajaan membesarkan penglibatan dengan meletakkan syarat2 dan halangan2 menyekat suatu kelompok manakala mempromosi kelompok yang lain.

Kelompok terbanyak berdepan dengan masa depan yang pernah dilalui oleh S Jibeng, Yahya Sulong, anak P Ramlee, dan Saloma.
Kelompok terpilih yang ada bin dan binti yang tertentu- jadi kaya raya dan mewah. Ini lah system UMNO.

Lihat kaedah UMNO merompak negara melalui mempromosi projek2 gila. Dalam artikel yang lalu, kita lihat bagaimana ketika Syed Mokhtar cemas melihat projek EDTP nya dibatalkan, dia guna Gamuda dan Shah Hakim dan anak Pak Lah dan seterus nya laki Jaqueline.

Apa Effendi dapat? Kerana memberi buah fikiran yang geliga ini, Effendi meminta CEO Lin Gamuda membiayai hobi Tiara Jacqueline membuat filem dan teater. Dengan cara itu, Tiara Jacqueline ada wang yang banyak untuk mempersembahkan drama Melayu yang glamour dan termahal pada saat ini  -- Puteri Gunung Ledang. Lin dan Syed Mokhtar juga mengongkosi projek2 kesukaan isteri Pak Lah- Kak Endon. Projek2 tersebut termasuklah Pride Foundation and Endon Award for Performing Arts Excellence scholarship fund.

Pak Lah dan keluarga dan rakan2 kabinet lain nya mahu mengajar , Syed Mokhtar dan rakan lanun nya Lin, suatu pengajaran kerana menepikan Pak Lah pada zaman Mahathir. Hangpa semasa Mahathir, tengok aku pun hangpa tak mau. Sekarang aku PM, mampuih hang. Aku buat hangpa tercirit, noo. Cara nya- buar MMC-Gamuda bayar apa2 hobi kesukaan Pak Lah.

Pak Lah si pencari damai abadi sebenar nya menyambung apa yang lazim dilakukan oleh dan kepada pemimpin tertinggi UMNO. Perkara yang serupa dilakukan oleh tauke2 besar kepada Tun Siti Hasmah. Sekarang syarkat2 gergasi yang mendapat projek2 kerajaan berpentesan kaki membodek bini Najib, Rosmah Mansor. Dan media arus perdana akan memasyorkan sumbangan yang diberi oleh perompak2 korporat tadi kepada Kak Mah. Puak2 inilah yang mebiayai ketagihan Rosmah kepada beg tangan Hermes Birkin dan permata berlian.

Cerita mengenai pemberian EDTP tentulah tidak lengkap tanpa memberitahu pembaca bahawa pengerusi cabinet mengenai Infrastructure ketika itu, ialah Najib sendiri. Najib mengesahkan hidup semula EDTP kerana Syed Mokhtar bersetuju, bahawa adik beradik Najib akan mendapat bahagian mereka dalam projek ini. Dan bahagian mereka, bukan lah kecil, woi.

Nazim Razak (Jim) ialah arkitek yang akan reka bentuk stesyen2 projek landasan berkembar itu. Nazir Razak (Jay) bos CIMB akan menjadi bank saudagar kepada projek itu. Nizam Razak memberi khidmat nasihat kewangan dan penjualan saham. Peranan Najib ialah menghidupkan projek tersebut.

Kalau semua perompak dapat bahagian masing2, mengapa pihak Shah Hakim mahu menyaman Syed Mokhtar? Sebab Syed Mokhtar janji nak beri RM600juta, tapi kemudian menurunkan komsiyen kepada RM300juta. Mana cukup!

Shah Hakim telah pun mempengaruhi Effendi Norwawi supaya membahagikan projek tersebut kepada 2 bahagian– kerja2 Infrastructure dikurniakan secara langsung kepada MGJV pada kos RM10 billion tapi kerja2 Systems bernilai RM2.38 billion diberi kepada kontraktor yang dipilih oleh kerajaan. Dan kerja2 sistem dicadangkan diberi kepada NR Sistem, syarikat yang diujudkan oleh Shah Hakim untuk kepentingan dia dan geng2 penyamun yang lain.

Daripada harga RM2.38b ini berapa bahagian Shah Hakim? Budak ini mahu sapu 30% yakni, RM600juta. Syed Mokhtar naik berang- dia mengadu kepada Mamak  Mahathir  bagaimana Pak Lah telah membatalkan EDTP dan sekarang Syed Mokhtar terpaksa menggunakan khidmat Shah Hakim yang akan mengenakan yuran sebanyak RM600 juta ‘atas angin’.

Mahathir mengeluarkan fatwa kepada Syed Mokhtar untuk  melambatkan menanda tangan perjanjian apa2 dengan NR Sistem untuk keraja2 Systems.
Najib pulak menonjolkan diri sebagai pihak yang tidak memihak mana2 geng. Dia tak kata dia sokong Mahathir, dan tak juga kata dia sokong Pak Lah. Tapi kita tahu, Najib yang takut pada Mahathir tentulah menyokong Mahathir. Yang penting bagi Najib, dia dah dapat bisnes untuk adik2 dia. Najib tahu Mahathir masih berpengaruh maklum sahajalah Mahathir ialah mursyidul am UMNO. Fatwa dia yang terkenal ialah menyuruh orang UMNO berkawan dengan syaitan daripada malaikat. Dan jika serangan Mahathir berjaya, fikir Najib, dia dapat menggantikan Pak Lah tanpa mencabarnya dalam pertandingan UMNO.

Dan mulai tahun 2007, Mahathir memulakan serangan nya keatas Pak Lah dan memerli dan mengejek Mr Clean.  Pada masa yang sama, Syed Mokhtar mengarahkan Lin untuk memaksa Seow dan Shah Hakim supaya menerima komisyen yang sudah dikurangkan dari RM600juta kepada RM300juta.  

Kali ini, Shah Hakim dan Kamaluddin pula naik berang sebab mereka fikir mereka dah bersetuju bahagian 30% sebanyak RM600juta. Dan duit tersebut bukan sahaja diperlukan oleh mereka tapi juga untuk membiayai PRU Pak Lah pada tahun 2008.

Syed Mokhtar ingkar memberi Pak Lah dana untuk berdepan dengan PRU12. Mahathir menasihatkan Syed Mokhtar jangan komit apa2 janji kepada Pak Lah kerana Mahathir mahu Pak Lah susah dalam PRU12 dan akan ditendang keluar.  

dalam system UMNO , orang yang mahukan jawatan PM mesti bayar sana sini, atas bawah, depan belakang dan kiri kanan. Kena merasuah dan membayar pengundi dan penyokong UMNO. Tanpa dana, Pak lah tak dapat bayar untuk mendapat undi dan akan ditendang keluar. Ini system dalam UMNO. System untuk orang yang istimewa dan terpilih dan kaya.

Dan tanpa dana, rancangan dan pakatan jahat Mahathir menjadi kenyataan. Pak Lah dapat keputusan teruk dalam PRU March 2008  -- yang dilihat oleh ahli UMNO sebagai bukan sahaja menyebabkan pencari Al Ghazali dan As Shafie kalah PRU tapi juga jatuh muka. Tauke2 besar enggan membiayai kempen Pak Lah.

UMNO kalau takde wang, akan jam tak boleh buat apa2. Ini membimbangkan imam2 perang dalam UMNO dan mereka semua melaungkan darah Pak lah.  

Selepas PRU 2008, semua orang tahu lambat laun, Pak Lah terpaksa menyerah kepada Najib. Syed Mokhtar, saudagar yang lihai, mengarahkan LIN supaya jangan sign apa2 dengan Shah Hakim dan syarikat NR Sistem – walaupun untuk komisyen yang dikurangkan kepada RM360juta. Kenapa? Sebab Pak Lah sudah jadi harimau takde taring lagi dan tak dapat mengancam mereka. Syed Mokhtar juga mahukan  Kamaludin dan Shah Hakim meminta sedekah untuk  RM360juta yang CEO Lin janjikan kepada mereka.  

Fakta nya, ialah Syed Mokhtar tidak bercadang membayar Kamaluddin dan Shah Hakim komisyen RM600 juta mahupun bahagian 33% atau RM3.3 billion dari harga  RM10 billion kerja2 Infrastructure EDTP. Syed Mokhtar yang dapat semua- dia dapat RM3.7billion dari harga keseluruhan RM12.4 billion untuk EDTP ini. Jadi kalau hari ini, Syed Mokhtar beri UMNO RM500 juta tunai seperti yang dia lakukan sekarang, jumlah tersebut sap sap suwe.  Dia akan balun lagi banyak melalui MRT, keretapi laju antara Malaysia-Singapura. Hidup Melayu!

Dari episode tersebut lah kita tengok syarikat Kamaludin Scomi di pinggirkan dalam projek2 dengan kerajaan. Akhirnya, Kamaluddin Badawi dan Shah Hakim terpaksa menyaman MMC – Gamuda dan mendedahkan dalam mahkamah bagaimana BN/Umno menyarai pilihanraya mereka dan melanun dan merompak negara.

Cuba bayangkan! Rencana Transformasi Ekonomi si Najib apa sebenarnya? Kerajaan konon nya akan melaksanakan projek raksasa dengan alasan memulihkan ekonomi tapi sebenarnya setiap projek yang dijalankan harga nya di UMNOkan dan pihak2 mendapat bahagian masing2. Ini hukum faraid style Mahathir yang diteruskan oleh Najib.

Dan bayangkan banyak mana bahagian yang akan diperolehi oleh Syed Mokhtar dari projek MRT yang dianggarkan bernilai RM50 billion. Kroni2 UMNO menjilat lelehan air liur membayangkan untung 30%. Itu bersamaan dengan RM15 billion yang Mat Arab akan agih2kan!

Bayangkan banyak mana UMNO rompak dan sapu bila memberi projek pembinaan lebuh raya KIDEX kepada peguam UMNO Hafarizam Harun, dan bekas Ketua Hakim, Zaki Azmi. Bayangkan banyak mana UMNO sapu lagi apabila menjual lebuhraya sepanjang 26 kilometre Kuala Lumpur-Putrajaya yang dikenali sebagai  Maju Expressway (MEX), kepada  EP Manufacturing Berhad pada harga RM 1.7 billion. Sedangkan kos nya RM976.6 juta yang dibiayai dengan grant kerajaan atau duit kita semua.

Campurkan pula komisyen UMNO bila 1Malaysia Development Berhad syarikat  membeli syarikat pembekal kuasa letrik yang dimiliki oleh Ananda. Harga nya ialah RM8 billion. Kalau komisyen 30%, bahagian UMNO sudah mencecah RM2.4billion.

Semua ini menunjukkan bahawa UMNO sedang mengumpul dana yang banyak untuk merasuah rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, inilah kaedah yang digunakan oleh pemimpin2 UMNO untuk merompak dan melanun negara ini.  

Ini cara UMNO dan budaya UMNO. Ianya akan membengkrapkan dan memapa-kedanakan rakyat Malaysia. Malaysia akan menjadi Greece untuk Asia jika kita menyingkirkan UMNO.

UMNO akan peras dan picit negara ini. Sebab itu orang Melayu khususnya mempunyai alasan dan sebab menolak UMNO. Benar apa yang dikatakan oleh pendita Zaaba- golongan penindas keatas bangsa Melayu ialah pemimpin yang bersikap feudal seperti UMNO. Mereka akan menghisap darah rakyat dengan menggadakan kos2 projek berlipat ganda dan rakyat membayar nya dengan darah dan air mata.

Ini cara UMNO merompak dan melaunun gera kita. UMNO mengawal pemberian kontrak dan beri kepada siapa yang mereka suka. Projek diberi kemudian dibatalkan kemudian dihidupkan kembali. Ia nya diberi nama baru dan akhirnya akan di pikul oleh kerajaan. Melalui projek2 ini, UMNO dan pemimpin mereka dapat wang yang banyak. Dengan wang yang dirompak inilah, masa depan gemilang lagi mewah tercipta untuk pemimpin dan kroni UMNO. Masa depan untuk rakyat pula, adalah suatu masa depan yang kelam dan gelap.

Berapa lama lagi bangsa Melayu boleh menanggung lintah darat seperti UMNO?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.