Thursday, March 28, 2013

DUN Pahang Pula Akan Automatik Terbubar, Pada 8 April

KUANTAN : Dewan Undangan Negeri Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal. 

Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.

Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Beliau memberitahu Bernama, mengikut prosedur apabila terbubar secara automatik, Wan Mohamad Razali akan memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Pahang, menyatakan bahawa penggal DUN telah mencapai tempoh matang.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS dan satu Bebas.

Calon Bebas di kawasan DUN Tanah Rata, Ho Yip Kap, kemudian menyertai parti Gerakan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.