Tuesday, April 30, 2013

Marina Mahathir Berkempen Untuk Dr.Dzul


Wow.

Menarik.

Yang membuatkan ia jadi menarik bukan kerana Marina tue sokong Dr.Dzul. Sokong Pakatan Rakyat. Tetapi yang membuatkan ia menjadi menarik sebab Marina tue anak Mahathir. 

Hehe



Dalam tubuh badan Marina ada darah Mahathir. Dorang anak beranak oke. Tetapi apa yang membuatkan Marina untuk tidak menyokong BN tetapi prefer Pakatan Rakyat?

Tidak bersyukur kah dia?

Tidak berterima kasih kah dia?

BN kot. Bapa dia pegang Malaysia 22 tahun. PM paling lama dalam sejarah Malaysia. So apa lagi yang dia tak dapat? Dia dapat macam2 kesenangan yang wujud di dunia neh sejak bapa dia terlibat dalam politik. 

Tak pernah hidup susah.
Tak pernah hidup melarat dan merempat.
Tak pernah fikir macam mana nak bayar ansurans rumah dan kereta.
Tak pernah fikir ahh malas la nak bayar toll.
Tak pernah fikir semua benda mahal kot di dunia neh.
Tak perlu susah payah mengharungi pelbagai dugaan hidup yang melibatkan DUIT.
Tak perlu fikir pasal masalah kewangan.

So apa yang menyebabkan dia tidak menyokong BN tetapi prefer kepada PR? Mungkin dia nampak sesuatu yang ramai penyokong2 BN tak nampak. Yang mana pemimpin2 BN pun tak nampak. Memetik serba sedikit kata2 Abu Nawas [Mohon jangan claim royalti oke] ;

Penyokong BN pun mangsa.
Ahli2 BN pun mangsa.
Rakyat pun mangsa.
Kita semua adalah mangsa kepada satu sistem kapitalis yang diusahakan dan dijanakuasakan oleh BN.

Kalau pada hari neh kita tidak bersatu, sesama kita, sesama rakyat berpecah belah, penyokong2 bn dan penyokong2 pr, maka kita akan sentiasa dipergunakan dan sentiasa menjadi mangsa politikus2 yang rakus. Jangan hidup dengan jadi perisai pemimpin beb. Mungkin dapat duit. Tapi seberapa lama la duit tue dapat bertahan. Dan sebesar mana la duit tue mampu mengcover kesedihan2 danpenderitaan2 yang dialami oleh saudara2 kita yang tertindas di luar sana. 

Cukup.

Pangkah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat buat masalah, kita tikam. Pangkah yang lain. Pangkah sesiapa saja janji mereka buat kerja. Simple as that. Oke.  

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.