Tuesday, April 30, 2013

Terkini!! KPN Individu Pertama Mengundi Guna Dakwat Kekal Hari Ini.. Jom Terjah!!!


Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13.-Foto THE STAR.
KUALA LUMPUR: Anggota polis diseluruh negara mula mengundi awal secara berperingkat dengan menggunakan dakwat kekal buat pertama kali.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjadi individu pertama membuang undi di sini, sementara anggota polis di seluruh negara akan mengundi di Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Polis seluruh negara.
Anggota polis Perak beratur untuk menunggu giliran membuang undi di Ibu Pejabat Kontigen Polis Perak pada Selasa.
Sewal pukul 8.30 pagi, anggota polis mula beratur untuk mengundi di Dewan Mess Bukit Aman dan Dewan Perkep.
Ismail ketika ditemui selepas membuang undi berkata anggota polis berasa bangga diberi penghormatan untuk menjadi kumpulan pertama mengundi menggunakan dakwat kekal.
"Saya juga perlu mengikut prosedur dalam membuang undi.
"Jika tidak, Ketua Polis Negara tidak akan berada di sini," katanya dalam nada bergurau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.