Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru.
Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali.
Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya boleh memerintah sama macam mereka juga.
Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri yang baru dilantik.
Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir.
Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa.
Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara.
Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti umno/BN memerintah.
Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan kerajaan lama.
Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta.
Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan. Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Kita tengok kewibawaan lima tahun Malaysia kerajaan baru dibawah parti baru.
Kalau tidak mampu berbuat melaksanakan apa yang dijanjikan sepertimana yang termaktub dalam manifesto jingga kita tukar dan ubah semula pada PRU 14 nanti. Bukan lama sangat. Lima tahun sahaja pejam pagi pejam malam sampailah waktunya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.