Thursday, May 30, 2013

JURURAWAT Pelatih MATI Kerana ASYIK BERMAIN TELEFON


Kematian seorang jururawat pelatih di China yang asyik bermain dengan telefon pintarnya sehingga menyebabkan dia meninggal selepas lif yang dinaikinya gagal berfungsi dengan baik telah mengejutkan ramai pengguna telefon di Singapura.

Ramai pemilik telefon pintar di Singapura berpendapat tragedi yang berlaku di Shenzhen pada 15 Mei lalu sangat mengerikan, menurut laporan akhbar Sin Chew Dail.

Ramai pengguna telefon pintar kini semakin berhati-hati ketika menggunakan gajet mereka. Seorang eksekutif akaun berusia 24 tahun, Tan berkata, rakaman video kejadian yang dirakamkan daripada kamera litar tertutup di dalam lif tersebut sangat mengejutkan.



"Jika beliau tidak begitu asyik dengan telefonnya, mungkin kemalangan itu tidak akan berlaku," katanya.

Pada 15 Mei lalu, seorang jururawat pelatih berusia 24 tahun terlalu asyik dengan telefon pitarnya ketika sedang melangkah keluar daripada lif di tingkat ketiga, namun pintu lif itu hanya separuh terbuka.

Akhirnya ia terperangkap di antara pintu lif yang kemudiannya secara tiba-tiba menjunam turun ke tingkat bawah dan terus mengheret tubuh mangsa ke bawah. Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta.

Saksikan rakaman kejadian di bawah (AWAS IMEJ 18 TAHUN KE ATAS).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.