Friday, June 28, 2013

Khutbah Jumaat : “JERUBU AMARAN DARIPADA ALLAH”




اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita menginsafi, bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja.
 Sidang Jumaat sekalian,

Islam mengajar manusia bahawa Allah adalah Maha Mencipta, Dialah yang mengurus dan mentadbir alam ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman ayat 29;
يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
Maksudnya; “Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Bagi pendokong fahaman sekular, mereka menolak kewujudan Allah. Mereka juga menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam dan kehidupan manusia. Pada pandangan mereka, Allah mencipta alam semesta dengan kuasa-Nya, lalu membiarkan ia berjalan berdasarkan sistem semulajadinya. Terserahlah kepada manusia untuk menguruskan alam dan menghadapi segala kemungkinan dari sistem tabi’inya. Ini termasuklah penafsiran terhadap segala musibah yang berlaku. Ia dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu pun kemurkaan Allah SWT.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sedang berhadapan dengan musibah jerubu dan cuaca panas yang melampau, yang menyebabkan kita terpaksa tunduk pasrah mengakui kehebatan Allah. Selain daripada akibat kebakaran dan pencemaran, ianya juga berpunca daripada keengkaran manusia mematuhi kehendak Allah. Jika hanya disebabkan pembakaran dan pencemaran, nescaya hujan yang turun akan menghilangkan segala jerubu yang ada. Namun sejarah telah membuktikan bahawa usaha pembenihan awan yang pernah dilakukan  di negara ini, tidak menyelesaikan masalah ini sepenuh.  Ini membuktikan bahawa segala jerubu yang didatangkan oleh Allah kemungkinan besar menjadi isyarat kemurkaan Allah terhadap manusia. Oleh yang demikian hanya Allah yang mampu menyelesaikannya dan kita wajib kembali kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya; “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu),  lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat)


Sidang Jumaat sekalian,
Justeru, marilah kita perhatikan beberapa ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang hakikat bala dan bencana yang ditimpakan ke atas manusia dek kerana rasa takabbur dan sombong diri untuk menerima ajaran dan seruan utusan Allah. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 10 hingga 14 yang berbunyi;

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (11) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ (12) أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ (13) ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ (14)
Maksudnya : “Oleh itu tunggulah (Wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata, yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata) : "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! hapuskanlah azab ini dari kami, Sesungguhnya Kami akan beriman!". Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), Dia juga seorang yang gila!"

Menurut Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri di dalam kitabnya Tarjumanul Mustafid ketika mensyarahkan ayat 10 surah ini dengan menyatakan:-
“Maka nanti olehmu Ya Muhammad jika mereka itu pada hari datangnya asap  yang nyata menutupi langit maka kemaraulah bumi dan bersangatanlah  kelaparan mereka itu sehingga kelaparan mereka itu seperti kelakuan asap antara langit dan bumi”

Sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya, tiada kebinasaan yang ditimpakan ke atas manusia melainkan kerana kezaliman manusia sendiri. Justeru, manusia hendaklah sentiasa memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Islam mengajar kita beriman kepada qadha’ dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu pun takdir yang buruk. Semuanya datang dari Allah untuk menguji manusia. Gunakan kesempatan tidak melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah dengan mengisi ruang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat dan bertaubat kepada Allah.
Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku jerebu untuk melakukan solat istisqa’ iaitu solat minta hujan, kita jugadigalakkan  berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman. Serta memperbanyakkan amal soleh seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءانِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran daripada musibah ini dengan mengingatkan  diri kita kepada Allah. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. beberapa pengajaran untuk iktibar kita bersama ialah :
1.       Manusia, walau sehebat mana dan semaju mana pun, tidak dapat menandingi kuasa Allah. Teknologi yang dicipta manusia tetap perlu diisi dengan iman dan taqwa.
2.     Ketika jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu bersabar dan kembali kepada Allah. Sebagaimana manusia juga perlu bersyukur dan mengingati Allah ketika senang.
3.     Manusia hendaklah mendidik jiwa mereka supaya redha dengan ketentuan Allah. Sikap berputus asa menyebabkan manusia, merana di dunia, dan sengsara pula di akhirat.
4.     Memperbanyakkan amal kebajikan dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِاَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.