Monday, July 29, 2013

Kenapa Pengerusi MyWatch buat fitnah ke atas polis?


Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan tuduh polis sebaik saja menyedari tembelang pembabitannya dengan gangster diketahui polis. Baca SINI

Berikut adalah laporan Utusan Malaysia:

Kes tembak Pengerusi Mywatch motif dendam?

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 28 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan faktor dendam menjadi motif pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak ketika memandu sebuah kereta di Taman Cempaka, dekat Bahau petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

"Polis sudah mengambil kenyataan rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan kita akan sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, mangsa yang berusia 29 tahun cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW.

Mangsa menaiki kereta itu bersama seorang rakan dan berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka sebelum dua lelaki muncul dan melepaskan tembakan menggunakan pistol menembusi tangan sehingga ke perutnya.

Menurut Osman, mangsa kini dilaporkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini selepas menerima rawatan di Hospital Jempol dan Hospital Kuala Pilah. - UTUSAN ONLINE


Ekoran itu R Sanjeevan dipercayai telah membuat tuduhan melulu ke atas polis:


PETALING JAYA: Polis Bukit Aman akan menyiasat salah satu daripada beberapa 'tweet' yang dibuat oleh Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan yang mendakwa polis telah mengarahkan ahli sindiket melepaskan tembakan di rumahnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata di Twitter: "Saya memberi jaminan kepada keluarga dan orang ramai bahawa kita akan menjalankan siasatan teliti dan akan melihat dalam semua aspek termasuk mereka yang didakwa oleh SS sebelum ini."

Beliau menambah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah sendiri akan menyelia siasatan kes itu dan akan membuat tangkapan bagi membantu siasatan, jika perlu.

"Saya berharap Sanjeevan cepat sembuh untuk membantu kami dalam siasatan @PDRMsia," Khalid menulis tweet.

Kira-kira lapan jam sebelum Sanjeevan ditembak pada pukul 4.30 petang Sabtu, beliau telah menulis tweet di @SanjeevanSS: "Polis @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api & memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya / keluarga."

Sanjeevan kemudiannya ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan.

Sanjeevan berjaya memandu melarikan diri walaupun cedera teruk, meninggalkan penyerang di belakang, tetapi berhenti kira-kira 300 meter dari tempat kejadian di mana rakannya yang berada di dalam kereta, Ramesh Balakrishnan, 35, mengambil alih kenderaan untuk membawa mangsa ke Hospital Jempol.

Beliau masih dalam keadaan stabil tetapi kritikal. Sanjeevan dan MyWatch telah menjadi tajuk berita kerana mendedahkan rasuah dalam pasukan polis dengan sokongan daripada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.


Dari tulisan Flying Kick SINI, seolah-olah MyWatch terlibat dengan organise crime.

Tak lojik "polis Malaysia sehingga terpaksa bersekongkol dengan kumpulan penjenayah hanya untuk menghapuskan seorang Pengerusi pertubuhan yang tidak begitu dikenali hanya untuk menutup mulutnya.ada pasang kaki dalam polis.

Sebenarnya dia dapat tahu ada Gangster seterunya nak bunuh dia dan dia tak berani salahkan kumpulan itu kerana takut pecah tembelang. Lalu dia persalahkan polis. Maklumlah pembangkang mudah saja dipersalahkan da ada pihak tahan polis dari bertindak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.