Thursday, August 1, 2013

Video Anjing Raya! Apa Hukum Islam mengenai Anjing dan Pemelihara nya?

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap dikalangan mereka yang jahil tentang hukum hakam Agama Islam mengambil mudah dengan melakukan sesuatu seperti menghasilkan video yang menghina maruah agama Islam dan martabat orang2 Melayu dan kemudiannya individu ini dengan angkuh menyatakan TIDAK AKAN MEMINTA MAAF diatas perbuatan nya itu!



Sesungguhnya didalam negara kita sekarang ini sedang berlangsung satu gaya hidup yang menghampiri liberalisma didalam segala hal. 



Manusia manusia yang sudah jauh dari peraturan hidup berasaskan rukun perundangan agama dan norma norma adat resam turun temurun yang mengutamakan perkara perkara yang hak dan jauh dari yang batil kini seolah bebas merdeka melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan mereka boleh!

Gejala sebegini disebabkan adanya golongan seperti para peguam dari parti pembangkang dan aktivis sosial yang semberono sahaja bingkas membela segala onar cetusan golongan seperti ini tanpa memperdulikan sensitiviti agama dan kebudayaan masyarakat yang terganggu atau terhina!



Memang benar bahawa seseorang itu bebas melakukan apa yang ia mahu didalam kediaman nya sendiri dan terpulang kepadanya tentang bagaimana ia memilih untuk hidup menurut kesukaannya!

Tetapi bilamana ia menghasilkan sebuah rakaman video yang menyentuh martabat masyarakat Melayu dan mencemar maruah Agama Islam dengan menunjukkan persamaan membasuh kaki dirinya semasa mengambil wudhu' dan kemudiannya dipaparkan perbuatan membasuh kaki anjing ; dipaparkan pula perbuatan mengelap muka sendiri dengan tuala dan selepas itu dipaparkan perbuatan mengelap muka anjing, maka terang terangan mempunyai konotasi bahawa sama sahaja 'Muslim' itu dengan anjing! 

Disulami dengan adegan membawa anjing2 menuju ke masjid dan diperdengarkan Takbir Raya! 

Takbir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang begitu suci didalam ajaran Islam kita dicemari didalam penerbitan video terkutuk ini dan menghiris perasaan sekelian umat Islam didalam negara kita! 

Disudahi pula dengan adegan anjing anjing tersebut diberi makan Kuih Raya. 

Apa ertinya semua ini? 

Terang terangan video ini menghina agama kita dan juga martabat orang orang Melayu seMalaysia YANG MASIH ADA MARUAH DAN PERASAAN! 

Yang tidak tersentuh dengan perbuatan biadap terlampau ini memang terdiri dari golongan yang BUTA AGAMA DAN JAHIL TENTANG MARUAH DAN MARTABAT BANGSA MELAYU! 

Terus terang saya katakan puak pencemar maruah agama dan adat resam serta budaya Melayu ini sudah pasti mampus dipenggal kepala mereka sekiranya pembuat video ini hidup di negara jiran Republik Rakyat Indonesia!!!

Ini realiti keadaan umat Islam di Indonesia yang tak akan duduk diam seperti disini bila menyaksikan sebarang penghinaan terhadap Agama Islam atau adat resam kebudayaan mereka!

Didalam ruang komen Facebook yang memperkatakan tentang perkara ini ada pula 'Melayu' yang lantang memperlecehkan bantahan masyarakat mengutuk si perempuan yang berlagak sebagai seorang lelaki ini dengan berkata bahawa ia juga pernah memelihara anjing! 

Dia menyoal kita tentang apakah masaalahnya?

Bagi saya, soal memilih untuk memelihara anjing itu terpulang kepada individu2 tersebut. Pilihan mereka yang terbabit untuk menanggung natijah perbuatan tersebut. 

Sudah tentu akan ada kesannya terhadap kehidupan mereka yang begitu bodoh dan jahil membelakangkan ajaran Islam dan tegahan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam kepada kita, umat Rasulullah!

Lain lah keadaan nya jika sipolan polan terbabit sudah tidak mahu lagi menjadi umat Muhammad Al Mustafa Sayyidul Mursalin! Murtad secara senyap! 

Iyelah! Jika sudah saban waktu bergomol berpeluk sakan dengan haiwan yang dikategorikan sebagai Najis Mughallazah, bila masa ia menyamak dirinya? Solat? Puasa? Dan sebagainya??? Wallahu'alam!

Hukum hakam memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan jelas disebut didalam hadis berikut:



Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda bahawa 'Barangsiapa yang memelihara anjing yang tidak terlatih sebagai anjing pengawal keselamatan atau sebagai anjing buruan, maka segala perbuatan atau amalan baiknya akan ditolak pahala sebanyak 2 Qirat setiap hari!'

Berapakah kiraan Qirat itu? Kiraan nya adalah sebesar Gunung Uhud!


Bagi mereka yang mengaku diri sebagai Muslim mesti pernah belajar tentang sejarah perjuangan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam berkenaan Perang Uhud

1 Qirat tu adalah perumpamaan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dengan jumlah pahala yang akan hilang dari amalan seseorang Muslim jika ia memelihara anjing untuk suka suka dan bukan dilatih sebagai anjing penjaga keselamatan atau sebagai anjing buruan!

Anjing itu hukumnya sebagai Najis Mughallazah yakni Najis Berat! 

Babi dikias hukumnya sama seperti anjing tetapi didalam Hukum Fiqh kita, didalam keadaan Dharurat, daging babi itu sendiri boleh dimakan SEKIRANYA TIDAK ADA SEBARANG BENTUK MAKANAN LAIN untuk meneruskan hidup! 

Tetapi ini terpulang lah kepada mana mana individu Muslim samada ia sanggup untuk memakan haiwan haram tersebut??? 

Bagi kita yang hidup di Malaysia ini takkan sampai ke tahap begitu? Apakah tidak ada sumber makanan lain? 

Andai kata seseorang Muslim itu tersadai di pergunungan Everest dan tidak ada sumber makanan lain. Sudah tahap kebuloran nak meninggal tetapi ada pula terjumpa setin daging babi tinggalan para pendaki lain dan ada bersama ditinggalkan pembuka tin, apakah ada pendaki Muslim yang sanggup untuk membaham daging haram tersebut??? Na'uzubillah! 

Tetapi itulah peraturan agama Islam kita. Mempermudahkan demi kesejahteraan umat. Tetapi ada pula golongan ba alif ngang sekarang ini yang mengambil jalan mudah, memperleceh akan hukum hakam agama dan menghina martabat dan maruah bangsa diatas tiket liberalisma!!! Hawau betul!

Kembali kepada soal Najis Mughallazah @ Najis BeratMerujuk kepada Hadis Sahih yang di riwayatkan oleh al-Daruqutni serta diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan didalam Kitab Manhaj Fiqh Al-Shafi'i Bab Jenis Bersuci Mukasurat 79 :

bahawasanya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda:
" Untuk membersihkan bejana kamu apabila dijilat anjing, hendaklah kamu membasuhnya sebanyaktujuh kaliBasuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah!"


Daripada Abu Talha Radhiallahu Anhu, “Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda,“Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”. 

Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54) No. 448

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya Jibril Alaihi Salam memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar berupa makhluk bernyawa ataupun anjing.” 

Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54) No. 450


‘Aisyah Radhiallahu Anha menyatakan bahawa Jibril Alaihis Salam berjanji dengan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menemui Baginda pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, Jibril tidak datang. 

Kemudiannya Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya [Malaikat Jibril Alaihis Salam] memungkiri janji”. 

Kemudian Nabi terlihat se-ekor anak anjing sedang berada di bawah katil lalu bertanya, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” ‘Aisyah menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” 

Kemudiannya Nabi mengarahkan supaya anak anjing itu dikeluarkan dari kediaman Baginda.

Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang". 

Lalu Jibril pun berkata “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang saya untuk masuk. Kami [para malaikat] tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar [makhluk bernyawa]”. 

Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24) No. 5246)

Didalam peradaban masyarakat Melayu Muslim seMalaysia, memang kita semua tahu bahawa anjing adalah haiwan yang kelaziman nya di pelihara oleh mereka yang kaffir dan jarang sekali oleh umat Islam tanahair ini.

Baru sekarang ini kita membaca tentang adanya beberapa orang individu Melayu yang tidak mempedulikan pandangan orang ramai dan turut ghairah menerbitkan artikel serta memaparkan gambar2 dan video mereka bermesra dengan haiwan yang dikategorikan sebagai Najis Mughallazah @ Najis Berat tanpa segan dan silu.

Perbuatan sebegitu sudah pasti mengguris perasaan umat Islam disini yang memegang teguh pada peraturan agama dan adat resam Melayu. Mereka yang tidak peduli akan semua ini ternyata jahil tentang larangan agama berkaitan anjing dan sengaja mencari masaalah dengan perundangan negara!

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Kita semua tahu bahawa sejak pentadbiran PM ke 5, Tun Abdullah Badawi, segala pelanggaran terhadap norma norma kerukunan masyarakat Malaysia sudah mula dilanggar oleh golongan yang berpendapat bahawa mereka sudah bebas melakukan apa sahaja diatas tiket hak asasi rakyat!

Pentadbiran Kerajaan Pusat yang lemah sejak Perdana Menteri ke4, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan dan kegagalan pihak Peguam Negara untuk menguatkuasakan segala undang2 negara seolah olah membuka ruang yang luas kepada segala macam pelampau agama dan penjenayah sosial untuk mengganggu gugat keharmonian negara kita.

Walaupun penjenayah2 sosial ini akan ditangkap polis serta pihak berkuasa yang lain seperti SKMM dan JAKIM dan kemudiannya di ambil keterangan, sudah menjadi kebiasaan akhir akhir ini bahawa mereka kemudiannya akan bebas selepas di ikat jamin!

Tak ada dah ditahan didalam lokap menanti perbicaraan atau dihadapkan ke mahkamah!  

Para peguam dari Pakatan Pembangkang akan berebut rebut untuk tampil kemuka membela pelanggar undang undang ini dengan begitu bersemangat dan sering mengeluarkan kenyataan2 seolah penjenayah sosial terbabit menjadi 'mangsa pihak berkuasa' sedangkan mereka yang terlibat itulah menjadi punca segala masaalah!

Lihat lah contoh terbitan umum peguam terbabit :




Sumber paparan skrin di atas.

Semakin hari semakin melampau perbuatan golongan yang gila kuasa dan mahu menghancurkan kerukunan dan keharmonian diantara kaum serta agama didalam Malaysia ini!

Mereka sering berlaku ganas serta kurang ajar bukan kepalang terhadap pasukan Polis Di-Raja Malaysia seperti ditunjukkan didalam gambar berikut! 

Perbuatan menyerang petugas polis seperti ini jika dilakukan di negara Barat seumpama Amerika Syarikat sudah pasti berakhir dengan penyerang terbabit ditembak mati bertalu talu tanpa soal lagi!!!

Tetapi di Malaysia yang kini dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, Polis Di-Raja Malaysia ditekan setiap hari dengan segala macam dakwaan dan tohmahan oleh puak pembangkang dan para penyokong mereka!



Anggota anggota Polis Di Raja Malaysia sering menjadi mangsa caci maki dan cemuhan puak pelampau sosial ini! 




Sampai bilakah kita hendak melihat pelanggaran pelanggaran segala Prinsip Prinsip Rukunegara Malaysia ini berlaku?

1 comment:

  1. INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT



    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT



    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.