Saturday, August 31, 2013

Doa yang dibaca di Hari Merdeka Ogos 31, 1957



Doa yang dibaca pada Hari Kemerdekaan 31hb Ogos 1957 ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،



اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،


اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،


اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.


Yang bermaksud: 

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan.

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Amin.

Dibaca oleh Mufti Persekutuan Tanah melayu yang pertama, Syeikh Ahmad bin Mohd Said. Dihari kita menyambut ulang tahun kemerdekaan, fahami dan hayati isikandung doa ini. 

Latarbelakang keluarga Syeikh Ahmad boleh dibaca di sini. Untuk berkongsi maklumat, anak Allahyarham adalah anak murid ayah kami dan jawatan terakhir sebelum pencen adalah Mufti Negeri Sembilan. Seorang lagi anak murid ayah ialah Mufti Perak yang sedia ada.

Ikuti pula perkongsian pengalaman seorang yang bersama dalam upacara Merdeka itu:


Tan Sri Hassan Azhari adalah ayah kepada mantan Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pengarah JASA, Dato Fuad Hassan dan pelakun Jalaluddin Hassan. Ustaz Hassan adalah sahabat baik Allahyarham Bapa Saudara kami yang merupakan penasihat ugama pada Sultan Brunei. 


Kami akan meraikan merdeka hari ini dengan bersama kaum keluarga dan rakan untuk menuntun Tanda Putera untuk bersama mengingati bahawa ada yang telah bekerja bersungguh dan membuat pengorbanan untuk membina negara ini menjadikan ianya aman dan damai serta makmur dan sejahtera.

Siapa tidak mahu yang lebih baik, lebih mewah, dan lebih hebat yang sedia ada, tetapi segala yang akan datang memerlukan batu asas yang dibina dari masa silam dan suatu yang sudah tercapai sebelum sesuatu lebih baik boleh dicapai di masa hadapan.

Ramai menganggap apa yang dicapai tidak seberapa. Itu tidak boleh dinafikan kerana memang ada ruang untuk diperbaiki. Ada pencapaian yang kurang dari sasaran. Namun kita perlu bersyukor kerana disebalik kekurangan, kita masih bernasib baik.


Banyak yang sudah dicapai. Pencapaian yang paling susah adalah cabaran dan pengorbanan untuk merdeka dan membina negara ini seperti sedia ada.

Ini bukannya suatu klise atau slogan abstrak lagi berseronok-seronok endless possibilities. Negara ini sepatutnya sudah lama bergolak kerana kepelbagaian yang banyak sangat, kita masih dapat mencapai sesuatu dan pencapaian yang masih boleh dibanggakan jua.

Ayuh kita kekalkan kemerdekaan ini dengan memastikan penjajahan tidak kembali serta keamanan dan kesejahteraan sentiasa diutamakan dalam masing-masing mengejar kemakmuran. kesejahteraan dan apa jua yang dikejarkan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ogos 31hb, 2013
Ulang tahun kemerdekaan yang ke 56

-Another Brick in the Wall

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.