Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara sebanyak RM3,624 .
Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.
Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.
Pendapatan Bumiputera Sabah itu hanya 23% daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30% pendapatan purata seluruh rakyat Malaysia.
Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan Semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217.
Maklumat ini diperolehi melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada tahun 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP- Serdang ketika itu).
Lebih memeranjatkan ialah catatan yang dikeluarkan oleh The Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009. Purata nasional ialah RM4,025. Bumiputera seluruh negara RM3,624. Cina RM5,011. India RM3,999. Lain-lain bangsa RM3,640. Bumiputera Semenanjung RM3,784. Bumiputera Sarawak RM3,217. Bumiputera Sabah RM2,800. Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.
Anda perlu ingat bahawa fakta di atas bukan auta dan inilah hasil yang Melayu peroleh setelah 55 tahun berada di bawah pemerintahan UMNO/BN. Orang Melayu/Bumiputera berkedudukan lebih teruk daripada orang India dan lain-lain bangsa. Apakah ini yang mereka maksudkan sebagai “JANJI DITEPATI” ? Sudah tentulah tidak. Adakah PAS yang melakukannya? Tidak. Adakah PKR yang melakukannya? Tidak. Adakah DAP yang melakukannya? Tidak. Adakah Cina rampas hak kita? Tidak. Adakah India rampas hak kita? Tidak. Adakah Lain-Lain Bangsa rampas hak kita? Tidak. UMNO/BN yang menipu kita. Mengapa mereka menipu kita dengan BR1M, KR1M, TR1MA, bajet desperado 2013, dan sebagainya? Supaya kita tidak peka kepada kesengsaraan yang sedang kita alami ini. Majoriti Melayu hidup merempat di tanah airnya sendiri gara-gara dikhianati oleh bangsanya sendiri. Siapa yang senang-lenang? Pemimpin UMNO/BN dan kroni-kroni mereka. Tidak perlulah kita biarkan penderitaan ini berterusan. Kita kuburkan saja UMNO/BN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.