Saturday, September 28, 2013
Ini, 'Pelacur Senyap', Bongkar Penyakit Sosial Baru?
KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya. Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.
Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya. Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran. Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.
“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.
"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.
Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.
"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.
"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.
Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja. Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.
Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Sinar Harian (SH) kerana membongkar kisah 'pelacur senyap' sebuah penyakit masyarakat yang merbahaya. Membakar, membara mendalam, bagai api dalam sekam. Pihak berwajib perlu menangani segera. Contohnya seperti Kementerian Wanita, Kementerian Belia, Bahagian Agama di Malaysia, atau perlukah ditubuhkan NGO seperti Front Pembebasan Islam (FPI) di Indonesia?
Islam menyuruh apabila melihat sesuatu mungkar, hendaklah merobahnya dengan tangan (kuasa), tak kuasa dengan tangan kena dengan mulut (seperti blog ini). Tak kuasa dengan mulut dengan hati, tetapi dengan hati itu selemah-lemah ini. Anda mahu menjadi orang yang lemah iman? Atau wajib guna kuasa untuk menjatuhkan kerajaan BN yang bergelumang dengan maksiat ini? Orang Islam wajib pilih parti Islam, tolak parti yang tidak berdasarkan Islam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.