Sunday, September 1, 2013

MEMALUKAN ! BERBAJU KURUNG DI PESTA ARAK SEMPENA MERDEKA !

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan sebuah premis hiburan di Pulau Pinang yang mempromosikan minuman arak dengan menggunakan lambang masjid. Baca Sini

Lain pula yang terjadi di Kuala Lumpur. Anda baca di bawah :

Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini. 
Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan. 
Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ. 
Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.
Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan. seterusnya
Di bawah pula terjadi di Pulau Pinang :


 Sila baca seterusnya : Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.