Saturday, September 28, 2013

Trajedi nak kena "SEMBELIH" di kedai tayar kereta

SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!! 
Maaf, tu je bahasa paling sesuai utk post kali ni.

Hujung Julai 2013 sblm raya puasa aku tukar tayar baru depan belakang jenama **LKEN di kedai ni. Kedai yang agak popular berhampiran kg padang balang KL. Nasibku kurang baik, 21 Sept 2013 aku kesan ada menggelembung bahagian tepi pada tayar depan. Tak terlintaspun nak claim ganti rugi sbb biasa la mgkn ‘terluka’ masa naik bucu jalan yang tinggi mana tahu. Klu kembung bahagian tengah tu mgkn aku beriya la juga nak cuba try test claim ganti rugi.

22/09/2013 Ahad aku p kedai yang sama utk tukar satu tayar baru. Sengaja aku cuba nego mana tahu dapat ganti rugi. Pekerja2 kedai kelihatan simpati dan cuba yakinkan org kanan bos bahawa aku mcm teraniaya. Aku lihat org kanan bos fikir skjp..seolah2 nak cari salah dan alasan kukuh utk tidak bertoleransi. Agakan aku jika masa tu klu kelihatan sport rim ada crack, barangkali dia akan cakap ha! itu lah puncanya. Jika ada kesan calar tergesel pada sport rim..ha! itu la puncanya tp dia tak jumpa cela pada sport rim. Last2 dia cakap maaf..kami tak cover klu bengkak bahagian tepi. Aku dah agak tp tak pa tak pa tak pa..memang stanby skit duit utk tukar satu tayar baru. Aku cuba tepuk bahu dia “bos, less skit blh? Sy baru tukar 4 4 tayar baru tak sampai 2 bulan maa..”. Dia cakap tak boleh, ni bukan salah dia. Aku pujuk lagi last2 dapat la less RM5..Jadi laa.., lepas pampers anak sulung utk 1 hari. Ok lah ok lah tukar baru k.

Aku bg tahu dia tayar lama aku nak bawa balik..buat bakar sampah. Ayah aku selalu pesan, bila tayar rosak bawala balik jangan tinggal kat kedai, takut bg peluang pada yang nak amik kesempatan, takut aniaya pembeli yang kurang tahu pasal tayar. Klu nak trade in yang bunga masih elok tu lain cerita la.

Dari dulu aku bukan jenis duduk sila panggung bila tunggu pomen repair kereta..aku akan menyibuk seolah2 aku juga pomen, tp tak la sampai merimaskan pekerja..tak la menghalang kerja depa..sekadar suka amik tahu. Aku nampak pekerja keluarkan dari stor tayar, agakan aku tu tayar untuk kereta aku…Alhamdulillah, ada stok.

Bila diamati..Aik! kenapa dia bg tayar keluaran Disember 2011? Dah hampir 2 tahun! Aku diam dulu, sempat aku amik gambar utk stanby apa2 hal kelak tp org kanan bos mcm perasan..aku nak tggu betul ke tak dia pasang tayar tu pada sport rim aku. Sah! Pekerja memang diarah utk pasang tayar tu kat sport rim aku. Aku minta pekerja tu p amik tukar tayar yang 2013, pekerja dah takut2..pekerja dah serba salah nak pergi jumpa org kanan bos. Agakan aku mgkn pekerja tahu niat bos nak kelentong. Aku cuba bertenang jap, nak tgk telatah depa. Dalam masa pekerja dok serba salah nak p maklumkan kepada org kanan bos, aku terlebih dulu meluru ke org kanan bos..mcm biasa la kedai ni dah 50% siap dia akan hulur resit suruh bayar dulu. Aku capai resit tp tak bayar lagi dan aku tanya dia “you bg sy tayar tahun bila tu? 2013 ke 2012?”. Dia kata 2012, stok 2013 belum smpai, kita habiskan stok 2012 dulu. Aku cakap “you pergi tgk you suruh pasang tayar tahun berapa?”. Dia seolah2 berat hati pergi tgk…memang 2011. Tak pasal2 dia cakap “kita memang nak habiskan stok 2011 dan 2012 skrg ni”. Pulak!

Aku cakap klu stok 2013 belum smpai, mcm mana 3 biji tayar di kereta aku skrg tu keluaran Jun 2013? Klu nak habiskan stok 2011 2012, kenapa masa aku datang Julai 2013 tak offer masa tu? Aku siap tunjuk resit lagi memang aku beli 4 biji tayar baru dari kedai tu Julai hari tu dan masa tu memang tayar keluaran Jun 2013. Dia terdiam dan mengelak2..terus dia cakap habis stok, dia minta balik resit yang aku pegang, terus dia beredar ke kauter pembayaran. Aku malas bising2, aku angkat sport rim masuk bonet blkg, pekerja dia angkat tayar bengkak aku masuk bonet seolah2 faham. Masa nak gerak keluar kedai, aku cuba nak amik gambar kedai dan muka dia pulak, tp org kanan bos dan seorang lagi rakan dia bangun mcm nak menuju pantau aku seolah rimas dan tak merestui aku nak amik gambar. Isteri halang aku, isteri memang kenal aku…diam2 aku blh hangin bila ada org nak tipu aku. Banyak kali dah dia tgk aku bertekak di bengkel..aku tak mahir sangat tp tahu juga. Bila org nak pijak kepala kita dan kita sedar, takkan kita nak hulur kepala minta dia pijak lagi? Lain la klu kita sengaja tak nak berusaha tarik kepala dari dipijak org yang sentiasa berusaha cari peluang pijak kepala kita. Bila terfikirkan aku bukan bujang lagi, aku bawa isteri dan 2 anak kecil..aku malas nak cari pasal. Aku balik mcm tu je.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir dan berborak dgn isteri..smpai mcm tu sekali dia nak tipu aku. Dahla tiada penghargaan sbg cust dia, tak dapat ganti rugi tu satu hal la blh terima akal, aku minta beli yang baru bukan 2nd tp mcm tu pulak dia buat kat aku. Dia jual tayar yang berisiko libatkan nyawa jika kemalangan, suka hati dia nak gadaikan nyawa kami asalkan dia untung..SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!!!. Tayar yang dia bulatkan dengan kapurtu sengaja aku bawa balik..sebab, aku takut dia amik kesempatan jual 2nd hand kepada cust yang kudus yang tak tahu apa2 pasal tayar. Klu dia nak amik kesempatan, blh je bahagian kembung diletakkan bahagian dalam..si cust kudus ni tahu? Last2 bahayakan nyawa.

Skdr peringatan ikhlas utk semua.

1. Jika nak tukar tayar baru..tolong la peka skit tentang minggu dan tahun tayar tu dikeluarkan..blh tgk kat tayar ada kilang catat minggu dan tahun dikeluarkan. Kalau tayar dikeluarkan tempoh 2 3 bulan sebelum tarikh anda nak beli, tu benda biasa la. Tp klu tayar dah setahun apatah lagi 2 tahun masih dia nak jual sbgi baru, fikir 4 kali yer…klu la pengeluar nak tipu juga tu lain cerita.

2. Klu nak beli yang 2nd hand..peniaga biasanya akan tarik minat anda dengan tunjuk bunga tayar yang tebal. Jarang sekali dia cakap ni baru 2 tahun maa, baru 1 tahun maa..hati2. Getah ikat lauk pasar malampun klu simpan 2 tahun klu tarik ia mereput, apatah lagi tayar yang sejuk panas sejuk panas bertahun2. Nampak ok tp bila2 blh berkecai tgh jalan.

3. Bila pergi kedai tayar atau repair apa2 saja, seboleh2nya tak perlu la duduk setempat, atau duduk sila panggung seolah2 mcm bos yang banyak duit “hah tukar tukar..berapa?”. jika begitu..anda mungkin seolah2 sedang menghulurkan kepala minta dipijak. Tahu la banyak duit tp jika boleh gadaikan nyawa, kaya tak bermakna apa2. Seboleh2nya amik la tahu basic pun jadi la pasal kereta agar kita tak dilabel peniaga sbg org kaya yang bodoh dan lebih malang lagi jika dilabel peniaga sbg orang miskin yang bodoh. Nauzubillah..

Tolong maklumkan kepada adik kakak agar sikit peka yer

Maaf kalau terkasar bahasa..klu tak kasar lambat sedarkan? Tp masih menjaga adab insyaAllah.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.