Tuesday, October 29, 2013

Astro Umumkan Kadar Baru Bermula November 2013.

Seperti yang tertera di laman web mereka. Ia melibatkan dua pakej iaitu ;

1. Family pack

2. Sport pack

Menurut Astro ;




Menurut Astro, semenjak tahun 2007 kadar astro menerusi family pack tidak pernah dinaikkan selama ini. Aik?

Bukan ke tahun lepas mereka ada naikkan langgan bulanan mereka? Bila pula tak pernah naik. Nak naikkan satu hal, tapi menipu bab kenaikan pula. Apa benda la lue neh ASTRO.

Lepas tue yang aku heran tue, bukan kah ASTRO sebelum nak naikkan apa2 kena dapatkan kelulusan menteri dulu? Menteri mana menteri, awat menteri tak bersuara dalam bab neh. Jika korang nak tahu, benda2 gini menjejaskan cukai juga oke.

Yuran langganan naik = cukai 6% tue juga naik ma.

So dua kali kenaikan yang kita akan hadap kat sini.

Astro memang bukan keperluan, tapi di sesetengah kawasan, takde astro nak access tv pun tak boleh. Siaran teruk. Teringat kata ahli parlimen BN dari mana tah aku lupa. Dia sebut2. Kenapa di sesetengah kawasan di negara ini susah nak dapatkan signal tv? Kalau dah langgan astro elok je boleh dapat signal tv? Adakah ini konspirasi atau apa supaya orang ramai melanggan Astro?

Dan bagi pelanggan astro mereka akan tahu bahawanya masalah lazim yang melibatkan astro ialah ;

1. Siaran yang berulang2. Tak payah sembang kencang bab channel banyak. Kalau channel banyak tapi quality low apa citer? Orang biar channel kurang tapi content tue jaga, berkualiti beb. Ini ulang2 tak habis2 ulang2. Ingat orang BODOH sangat ke tak reti beza antara rancangan ulangan ataupun baru?

2. Ikut pemahaman aku, aku syak kewujudan channel banyak2 neh adalah sebagai modal untuk halalkan harga langgan yang mahal.

3. Hujan. Asal saja hujan siaran terganggu. Ada tak ASTRO buat service, bila hujan kami tolak yuran langgan sebagai GANTI RUGI? HARAM ada.

4. Tapi kalau lambat bayar laju je potong ek?

5. Potong satu hal, charge orang mahal2 pula. Tue tak kisah lagi tue. Ko tak bayar, ko kena potong oke fine. Astro ada hak sebab dia bagi service ko sepatutnya bayar atas service yang ditawarkan. Kalau tak suka dengan protokol tue jangan langgan. Aku boleh faham bab neh. Yang aku tak boleh faham ialah BILA KO NAK TUKAR CHANNEL ATAU BUAT PERUBAHAN DALAM PAKEJ LANGGANAN, KO JUGA AKAN DI CHARGE SEBANYAK RM10.00 TAK PASAL2!!!!

6. Ko tak rasa ke ASTRO neh ada masalah GILA atau SEWEL?

7. Hello. Kita tukar pakej pun ko nak CHARGE?

8. Wayar shot ke apa hah?

9. Dengan iklan berlambak2. Dah la berbayar, iklan lagi. Apa benda la lue neh ASTRO.

10. Tak langgan astro tak dapat AWANI, AL HIJRAH dan ONE HD plak. Bahkan mana2 tv percuma pun tak CLEAR. Siaran teruk gile. Kalau dapat tv siaran tv percuma pun baik langgan ASTRO. Nak muntah aku hadap berita2 tv kat channel tue. 

11. Nak taknak kena la langgan kan. 

12. Dengan sistem monopoli lagi. 

Semua cukup. Pakej yang cukup untuk mengenakan orang. 

Pertama ko monopoli bisnes neh. Kemudian ko gunakan taktik untuk memaksa dan mempengaruhi secara halus agar sesetengah pihak melanggan dengan ko. Kemudian ko kenakan pelanggan2 ko. Inila ASTRO. 

Apa pun tak boleh.

Oke bai.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.