Wednesday, October 30, 2013

Buku Yang Sangat Di Takuti Oleh Najib Dan Kroni-Kroninya..

Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah.

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar’iah di negara itu.

Menurut kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar’iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.

“Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni’mat di dunia dan akhirat,” tambah kenyataan itu.


Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta’zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00. ~hrkh

1 comment:

  1. kepala bapak kau, kau tahu ke najib takut atau tak? bangang. nak sebarkan islam guna nama orang lain. bodoh.. bila islam itu sendiri kena caci.. orang macam korang lah yang bertanggungjawab. konon nak tunjuk sempurna, tapi perangai serupa pengganas. tak hairan kalau islam dikatakan pengganas, sebab yang mengaku islam macam kau lah yang islam tu sendiri tercemar. bodoh, baru beriman sedikit dah nak tunjuk tunjuk sebagai orang2 yang sempurna.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.