Salam untuk semua, moga Allah rahmati
Satu malam aku pulang lewat dari kelas universiti, lingkungan masa jam 10.30 malam. Kelas malam memang cukup mencabar, letih boh...siang awal pagi keluar kerja, balik siap untuk kelas pukul 3 ptg sampai 9 malam. Dua subjek. Kelas malam paling mencabar fizikal dan mental aku...fizikal makin tak keruan dek keletihan, mental terawangan2...haha.
Sebelum pulang ke rumah, aku yang hanya bermotor singgah seketika di stesen minyak. Bukan nak isi minyak, tapi nak beli air tenaga...kalau tak 100plus, Gatorade...lepak beberapa ketika meneguk air, waktu bayar air aku selisih dengan seorang uncle berbangsa Cina, seorang pemandu teksi...berbaju kemeja lusuh, berkasut dan terdapat sehelai kain tuala kecil di lehernya.
"Panadol ada...?" soal uncle tu kepada mat bangla jaga kaunter.
"Panadol ada...?" soal uncle tu kepada mat bangla jaga kaunter.
"Habis sudah..." sambil geleng-geleng kepala mat bangla.
"Uncle, cuba try air ni..." sambil aku tunjukkan botol Gatorade. Riak wajahnya cukup menggambarkan keletihan dan jerih perit seharian memandu teksi. Air ni mungkin agak mahal berbanding panadol, tetapi agak berkesan juga bagi aku.
Sambil duduk di tebing aku mula bicara. "Uncle duduk mana rumah...?"
"Duduk Cheras...ni nak balik rumah lalu sini."
"Awal pagi pukul 7 sudah keluar rumah...." sambungnya lagi. Sesekali menghela nafas.
"Sampai sekarang uncle belum balik rumah....?" Soal aku. Dia angguk saja. Letih nampaknya melayan soalan2 aku. Usianya sudah mencecah lewat 50-an...masih tegar memandu teksi. Aku cukup faham tekanan hidup di ibu kota.
"Sekarang semua sudah mahal...minyak pun naik, barang naik. Tak cari money siapa mau jaga isteri dan anak2 saya..." jawabnya lagi. Aku angguk tanpa balas, tidak menambah apa supaya bicara tidak terlalu tegang hanya menambah kusutnya lagi.
"Kalau letih jangan lupa rehat uncle...kesihatan kena jaga. Tunggu 4 tahun lagi kita kasi ubah." Aku senyum mohon pulang.
Menyantuni mereka membawa banyak erti pengorbanan seorang bapa dan suami. Rakyat terpaksa berbanting tulang umpama hamba abdi. Rakyat juga dimomok dengan pengurangan subsidi, aku cukup simpati. Masih ramai penduduk ibu kota ini yang terpaksa sengsara sepanjang hari bagi mengimbangi kos sara hidup yang cukup menggila ini. Sampai bila lagi...?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.