KEGAGALAN YANG BERTERUSAN BUAT MAS
Syarikat penerbangan negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kerugian bersih RM375 juta bagi suku tahun ketiga 2013.
The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.
Akhbar yang sama juga melaporkan lonjakan keuntungan 46 peratus diperolehi AirAsia X bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2013.
Lonjakan keuntungan ini didorong oleh kempen promosi besar-besaran.
Perolehan syarikat meningkat kepada RM601.49 juta berbanding RM486.55 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu. -Utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.