Saturday, November 2, 2013

Iblis berpesta di Sg Limau N20.Syaitan menghilang sudah

Petang tadi aq pi ziarah mak aq kt Bukit Besar, apa yang aq lihat sepanjang perjalanan dari batu 18, Bkit Besar, Sg Limau,Sedaka, Dulang...apa yang aq nampak adalah satu pesta besar-besaran dari satu golongan..iaitu bukan terdiri dari kalangan manusia yang bermaruah dan mempunyai aqal selayaknya manusia.

Aq nampak trlalu banyak kenderaaan Kerajaan Persekutuan baik besar2 sperti Bus/kereta berlogo agensi2 kerajaan/Jabatan2/Kementerian dalam program UMNO/BN..malah mereka menjadi Jentera kempen UBN.Jika mereka bermaruah mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dengan penuh kehormatan dan kemulian dan bukan berkhidmat kepada segelintir golongan rakyat yang bernaung dengan nama UMNO/BN.

Ini salah satu penyalahgunaan Jentera kerajaan, dengan menggunakan wang dan harta rakyat utk kepentingan politik UBN?

PAS bukan bertanding dengan UBN di Sg Limau...satu tanggapan yang salah, kerana apa yang aq lihat PAS menentang Jentera2 kerajaan, Kementerian2, Jabatan, Agensi2 dengan peruntukan dari wang rakyat berpuluh juta menentang Rakyat sendiri di Sg Limau.

Pelbagai imbuhan utk mencapai kehendak agar dapat merampas kerusi di DUN Sg Limau, dan imbuhan2 ini tidak di sebut dan tidak layak di sebut RASUAH kerana ia telah dialih bahasa kepada Peruntukan

Pengundi2 yang majoritnya Melayu Islam teutamanya yang tegar menyokong UBN ,tanpa segan silu meratah ratah pelbagai barangan umpamanya Beras, Gula, Susu, Kopi,walaupun tamat tempoh luput.bagi penulis semua tu adalah Politik wang...laungan integriti dari UMNO hanyalah laungan kosong tiada ertinya.

Bila dilihat senario UMNO begini jelaslah UMNO tak pernah berubah, tambahan kini slogan berani berhijrah di laungkan..hijrah apanya..adalah lebih tepat hijrah dari Syaitan kepada Iblis kot.

Apa yang penulis paling sedih apabila sebuah sekolah yang mempunyai bilangan 15 orang murid menerima peruntukan RM1 juta.sedangkan masih banyak lagi sekolah di sekitar Sg Limau yang kekurangan kelas, peralatan hinggakan pihak pentadbiran sekolah terpaksa mencari sumber pendapatan seperti jualan pelbagai barangan kepada murid2, penjualan kupon2 dan ianya membebankan para waris yang majoritynya kurang berkemampuan.

Sudah sudahlah UMNO membeli jiwa orang Melayu dengan harga yang menghinakan nih..cukup sudahlah..

Bantulah kami dengan mengundi PAS dari PAKATAN RAKYAT utk mengembalikan maruah rakyat agar tidak diinjak injak, ditindas dengan pelbagai perancangan yang mengkayakan segelintir golongan elit UMNO.

Ahli2 PAS dan penyokong2 malah yang berdiri atas nama silent majority juga adalah Rakyat negara ini.mereka mengambil bahagian dalam system yang dinamakan Demokrasi,jika KERAJAAN menafikan system ini HARAM kan saja Parti lain..dan jadikan UMNO/BN satu parti tunggal..

Aq tidak senang dengan apa yang aq lihat di N20 Sg Limau.ketidakadilan yang tidak boleh aq terima..malah aq percaya tiada Manusia yang mempunyai aqal dapat menerimanya..

Bertambah benci aq dengan UMNO/BN walaupun aq juga adalah penyokong UMNO suatu ketika dahulu.

JOM Berhijrah kepada PAKATAN RAKYAT demi keadilan utk semua. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.