Saturday, November 30, 2013

Malaysia Akan Jadi Negara Miskin...Mengapa

Kewangan bukan masalah Malaysia tetapi...



Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli

PETALING JAYA - PKR mendakwa negara tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya urus tadbir negara.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, negara mempunyai kekayaan tetapi disalah tadbir oleh pemerintah kerajaan BN.

Beliau mendakwa, untuk menyelesaikan spekulasi negara mengalami masalah kewangan, rakyat perlu "buang" BN yang memerintah sekarang.

"Kita tak ada masalah kewangan, kita hanya ada masalah pemerintahan.

"Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir, jangan sampai generasi muda kata negara kita ada masalah kewangan.

"Jika 'buang' BN, hilanglah masalah itu (kewangan)," katanya pada Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, untuk mengelak Malaysia "dicop" sebagai negara miskin, rakyat perlu menentang kenaikkan harga barang yang berlaku dari semasa ke semasa.

"Tahun depan akan dikenali sebagai tahun barang naik 2014, ini kerana jangka masa tahun 2015 BN akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhdimatan (GST) jadi secara logik inflasi akan naik.

"Kerajaan BN pun hanya ada satu tahun setengah untuk menaikkan harga barang, kalau dia naik semua saya rasa rakyat akan turun ke jalan raya," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Rafizi turut menjawab soalan moderator forum tersebut mengenai masalah kepada rakyat pada masa depan, beliau berkata ia adalah masalah ilmu pengetahuan.

Tambahnya, saban tahun akan menghadapi masalah nilai dalam masyarakat makin berkurang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.