Friday, November 29, 2013

Tetiba Kak Mah kata kat Najib.. “you can go if you wish to,….I stay!!”

“You may go…I stay!!” – Aspan Alias
November 28, 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi50V2-s1BJCjJkwaDqoOCr1x8hzWir0g0CJJ8InrxHS1Wl535HtTzIcvutbW8v-wVl92a8soWa7v9dpeQohPw28HB7mo35YmjvX1B2LJuwwdYSpCVElgXuuBL9dNaCxLyvd2w6nh-HN4Zq/s1600/Kak+Mah.JPG
tak sangku paut dengan kak mah satu lagi..!!!
Masalah yang disebut khalayak sekarang ini lebih besar daripada isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihan raya lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihan raya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN diberikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk daripada keadaan sebelum pilihan raya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

Setelah pilihan raya, isu peribadi pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut rakyat. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada masalah para pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin yang begitu besar dan entah bila dapat diselesaikan.

Sekarang kita berhadapan dengan masalah pemimpin dan keluarganya yang tidak mempunyai ‘finesse’ yang sepatutnya sebagai pemimpin dan ahli keluarga pemimpin besar. Mereka tidak malu berbelanja wang yang ditagih daripada rakyat melalui pencukaian dan berbangga-bangga dengan tindakan salah itu.

Oleh kerana sudah menjadi ahli keluarga pemimpin utama, bagi mereka, berbelanja besar menggunakan wang rakyat itu merupakan ‘privilege’ dan tidak boleh disoal dan ditanya oleh empunya wang itu, iaitu rakyat. Apabila terbang walaupun bukan atas urusan kerajaan, mereka terbang dengan jet eksekutif dan disokong pula oleh mereka yang mewakili rakyat bersama dalam perjalanan itu.

Masalah kewangan negara juga menjadi perhatian rakyat. Negara yang begitu kaya-raya dengan pendapatan hasil buminya habis begitu sahaja seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai tanggungjawab moral dan agamanya. Tidak payah ditanya, kita tahu kantung kerajaan sudah tiada isinya lagi. Kerana apa? Kerana pimpinan dan kerajaan tidak membelanjakan wang secara ‘prudent’ kerana mereka tidak tahu bagaimana susahnya rakyat bekerja membayar cukai kepada kantung kerajaan.

Apabila kantung kerajaan sudah kosong kerana berbelanja tanpa mempunyai ‘prudent’ itu, rakyat pula dianggap sebagai penderhaka kepada negara jika cuba mengelak daripada membayar cukai. Pemimpin tidak juga bersalah, yang bersalah hanya rakyat sahaja.

Cara mereka berbelanja secara korup itu tidak pula dianggap sebagai penderhaka, sedangkan itulah sebenarnya penderhaka yang paling besar kepada negara. Jangan kita nafikan berbelanja wang rakyat secara tidak berhemah itu adalah penderhakaan kepada negara.

Jangan pula cari pemimpin lembab dan suntuk pemikiran untuk membela sebagaimana Shahidan Kassim, digunakan oleh kaki joli negara itu. Pimpinan mesti ingat tidak semua orang seperti Shahidan Kassim yang menganggap kerja salah pemimpin itu adalah halal dan mesti dipertahankan.

Pendeknya yang paling menyedihkan ialah sikap dan nilai pemimpin-pemimpin kita terlalu rendah sampai tidak mengenali yang mana satu bernilai dan mana pula yang hina serta mengaibkan. Sudah tidak tentu lagi mana yang betul dan salah. Betul nampak salah, salah pula nampak betul.

Rendahnya nilai kemanusiaan dan kepimpinan ini sebenarnya sudah bermula begitu lama dalam kerajaan dan parti pemerintah negara ini, tetapi pimpinan utama tidak sedar atau tidak mahu memperbetulkannya kerana mereka sendiri seronok dengan cara itu.

Jika mereka perbetulkan cara berbelanja itu, maka mereka sendiri tidak akan dapat menggunakan kesempatan itu untuk berbelanja dan mendapatkan keuntungan besar dengan budaya yang kotor itu. Akhirnya mereka tergulung di antara yang menutupi kerja jahat dan tidak mengambil tindakan terhadap pesalah laku pimpinan yang ada di sekelilingnya.

Sekarang segala kerja salah mereka selama ini semakin hari semakan sukar ditutupi dan dilindungi. Ia telah menghasilkan krisis kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun kadang kala betul, sudah tidak diyakini oleh rakyat. Pucuk pimpinan sudah tidak dihormati lagi. Setiap kata-katanya menjadi bahan ejekan dan bahan lawak oleh rakyat. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Sampai bila?

Apabila pucuk pimpinan sudah menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi dan warung, itu merupakan petanda sahih yang pimpinan itu perlu dan wajar berundur kerana hasilnya nanti akan membawa padah kepada rakyat dan negara. Slogan-slogan yang dicanang dan dilaungkan tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kepimpinan negara. Pemimpin yang terlalu banyak slogan itu adalah pemimpin yang paling lemah di antara kepemimpinan yang lemah.

Penyelesaiannya amat mudah secara relatifnya. Tetapi semudah mana pun ia memerlukan pengorbanan. Dalam isu ini Najib perlu berhenti dan bersara agar negara boleh mencari pemimpin yang lebih rasional dan mengembalikan nilai politik kita kepada nilai yang dihormati yang pernah dialami rakyat sebelum pimpinan Dr Mahathir dahulu.

Tetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai ke rumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish to,….I stay!!” – aspanaliasnet.blogspot.com, 28 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.