Sunday, December 1, 2013

Adik-Beradik Hilang: Kakak Dibunuh, Dua Adiknya Masih Hilang


Kakak Dibunuh, Dua Adiknya Hilang

[HM] ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - 1/12/13


Remaja Hilang, Dua Adik Belum Ditemui

[SH] ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang semalaman bersama dua adiknya ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar di sini, petang semalam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan meniarap di tempat kejadian kira-kira jam 3.45 sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, mangsa keluar dari rumah bersama dua adik perempuannya berusia 12 dan tiga tahun pada malam 29 November lalu dengan menaiki sebuah motosikal, sebelum mayatnya ditemui.

“Buat masa sekarang polis masih menyiasat kes terbabit dan pihak kami menunggu laporan hasil bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian.

“Kita akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, usaha mencari dua adik mangsa yang masih hilang diteruskan. Pihak polis turut menggunakan khidmat skuba serta anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.