Di suatu malam, di sebuah balai polis, kelihatan seorang imam masjid sedang membuat aduan di situ.
Sarjan : Boleh bagi tahu siapa nama tuan?
Imam : Saya Bedul bin Bedal, imam masjid Kampung Dacing
Sarjan : Nak buat aduan berkenaan apa Tuan Imam?
Imam : Saya nak buat aduan mengenai adanya beberapa orang berkomplot nak gulingkan saya dari menjadi imam masjid...
Sarjan : Ada apa-apa bukti?
Imam : Tadi sewaktu sembahyang Maghrib, sekumpulan jemaah tak mahu meneruskan solat ikut saya waktu roka'at yang ke Empat....Mereka sengaja nak gulingkan saya, tuan....
Sarjan : Solat Maghrib?
Imam : Ya tuan, semasa solat Maghrib ...
Sarjan : Hmm...Roka'at yang ke Empat?
Imam : Errr.....Ya! ya! Dan ada orang bagi tau saya, mereka yang nak gulingkan saya tu ada membawa bom; nak letupkan masjid! Masya Allah, tuan....kena tolong saya ni!
Sarjan : Okey! Okey...Koperal! koperal! panggil wartawan akhbar, saya nak buat sidang akhbar sekarang juga.Masjid kita ni dah terancam! -alhusseyn51
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.