Tuesday, December 31, 2013

PEREMPUAN2 KELANTAN YANG BODOH DAN DERHAKA KEPADA SULTAN KELANTAN

MAAF!

Maaf kepada pengunjung yang terkejut kerana biasanya Yong akan menulis dengan bahasa yang "lembut."

Tapi kali ini tidak lagi.

Sebabnya Yong nampak sekumpulan perempuan-perempuan Kelantan yang bodoh.

Biasanya perempuan-perempuan Kelantan amat cerdik. Perempuan Kelantan cerdik berniaga dan berdikari mencari rezeki untuk keluarga.

Tapi kali ini ada sekumpulan perempuan Kelantan yang bodoh.

Bodoh membiarkan diri mendengar kabar-kabar angin akan ada himpunan guling kerajaan. Sedangkan himpunan itu hanya menuntut supaya kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bodoh kerana membiarkan diri diperguna sehingga boleh dianggap menderhaka kepada Sultan Kelantan.

Bukankah jika harga barangan dan perkhidmatan itu turun, perempuan-perempuan ini dan ahli keluarga akan merasa lebih lega?

YANG BERDIRI DI BELAKANG PEREMPUAN TU JANTAN KE APA?

Cuba baca keratan undang-undang tubuh Kerajaan Kelantan ini. Ada sebut sesiappun boleh gulingkan kerajaan yang sah di kelantan, walaupun itu kerajaan PAS? Hanya Sultan Kelantan yang boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri.

TIADA PERUNTUKAN MEMBENARKAN GULING KERAJAAN NEGERI

Yong cadangkan kita buat laporan polis terhadap kumpulan dari Bachok ini kerana dua kesalahan yang jelas:
  1. Mengugut untuk menggulingkan Kerajaan Negeri Kelantan yang sah.
  2. Menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
Bagaimana agaknya cara kumpulan ini hendak menggulingkan Kerajaan PAS Kelantan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.