Sunday, December 1, 2013

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tidak pasti status dokumen pengenalan diri Siti Aishah

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tidak pasti status dokumen pengenalan diri Siti Aishah


Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong yakin Siti Aishah Abdul Wahab (gambar) merupakan warganegara Malaysia akan tetapi tidak dapat memastikan sama ada beliau masih mempunyai dokumen pengenalan diri bagi membuktikan kewarganegaraan.

Katanya dokumen pengenalan diri bagi memudahkan proses mengenal pasti identiti kewarganegaraan. Dokumen pengenalan diri yang dimaksudkan adalah pasport, kad pengenalan diri atau sijil kelahiran.

Menurut Zakaria, sepanjang pertemuan Siti Aishah dan kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab yang disaksikan wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia, tiada perbincangan menyentuh isu kewarganegaraan dibangkitkan.

Ini kerana, pertemuan di lokasi rahsia itu lebih merupakan penyatuan dua beradik yang telah lama terpisah dan penuh emosi.

Zakaria berkata, pihaknya akan meneliti keperluan tersebut dan memberi bantuan sewajarnya kepada Siti Aishah sekiranya diperlukan.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa lepas dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh aktivis Hishamuddin Rais.

Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944. -  TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.