Tuesday, December 31, 2013

Polis Buru Penjual Tshirt Yang Tak Mesra BN - Satu Lagi Lawak Bangang Ke Neh?


Kalau la berita neh dilaporkan oleh wartawan antarabangsa mao kena gelak kita dibuatnya. Mesti orang2 luar bersekutu kutuk negara kita.

American : Apee khee bangeng sangett itu oreng malayshia perghii dhakwaa itu rakyatt kerene mereke jual tshirt?

Mat salih speaking BM la konon2nya neh..

Sedangkan di Amerika yang pongpang2 marah presiden Obama secara terbuka ketika sidang media, siap masuk tv, dapat coverage meluas di media dan masih hidup dengan penuh kebebasan tanpa di dakwa. 

Amerika tue negara Islam ke kafir? Aku tak tau. Almaklumla sejak2 BN memperkenalkan islam ala2 BN neh semua info aku mengenai 'negara Islam Malaysia' bercampur aduk sehinggakan aku rasa kalau la Islam itu perlu berpandukan kepada sikap manusia seperti pemimpin2 BN dah lama dah aku murtad. Tak rela bhai hidup diperbodohkan macam tue. Nasib baik la Allah berfirman kenal Islam itu melalui Islam. Bukan kenal Islam itu melalui sikap manusia walaupun sikap manusia (dakwah) yang baik mampu membuatkan orang tertarik kepada Islam. Setakat neh kalau tengok BN, maaf cakaplah, kalau aku kafir jangan harapla aku nak peluk Islam.

Baru2 neh member aku diburu oleh polis. Aku nak cakap sebabnya pun rasa macam kelakar bhai. Ingatkan dia bunuh orang ke, rogol anak orang ke, culik ke, merompak ke, mencuri ke apa ke.. rupa2nya polis buru dia pasal jual tshirt aje. Jap. Jual tshirt tue satu kesalahan ke? Sejak bila?

Baca ; 
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan apakah mencetak t-shirt boleh mengancam keselamatan negara hingga perlu disiasat menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). “Aktivis yang diburu polis ini menjalankan perniagaan secara terbuka dan hanya menerima tempahan daripada orang ramai seperti peniaga lain.
“Sangat tidak logik sesorang yang menjalankan perniagaan secara terbuka merancang untuk menggugat demokrasi berparlimen,” kata penyelaras Suaram, Syukri Razab.
Katanya, aktivis berkenaan yang dikenali di laman sosial facebook dengan nama Eddy Gordo turut mempamerkan nombor akaun dan alamat rumahnya secara terbuka.
“Maka, tidak ada sebab untuk polis menggunakan akta seperti Sosma ke atas beliau,” kata Syukri.
Kira-kira jam 1 pagi tadi, beberapa anggota polis dari IPD Serdang mencari aktivis tersebut di rumah sewanya di Seri Kembangan, Selangor.
Polis turut menggeledah rumah sewa berkenaan, merampas t-shirt jualan dan difahamkan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Bukit Aman.
“Tindakan polis dilihat seperti cuba mengalihkan isu sebenar yang ingin diutarakan rakyat iaitu tuntutan agar lerajaan segera menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat,” kenyataan Suaram dipetik.
Justeru, Suaram mendesak polis menghentikan intimidasi terhadap aktivis berkenaan yang dijamin perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.
“Mansuhkan undang-undang yang mencabuli hak asasi manusia termasuk Sosma, POCA 2013 dan DDA 1985,” kata Syukri.
Selama neh slumber je mamat2 BN cetak dan jual tshirt kutuk pembangkang. Takde pula mana2 polis nak siasat under SOSMA bagai. Tshirt biasalah. Salah satu bentuk kempen kesedaran juga bila ko dah sekat semua benda. Orang kata selemah2 iman ialah membenci dengan ahti. Selemah2 pejuang ialah berjuang melalui tshirt la. Nak pergi demo tak berani. Nak menulis blog tak berani. Nak melawan di facebook tak berani. Paling lemah ialah pakai tshirt sudah. Protes dengan tshirt. Itupun nak kacau ka? Btw, adakah ia merupakan satu kesalahan sebenarnya? Tolong bagi satu garis panduan yang jelas. Jika ia salah, ia salah berpandukan akta apa?
Ko tengok kalau ko pergi kat Chowkit tue la kan, aku baru pergi dua minggu lepas, setakat pelacur tue jangan cakap la. Berlambak bhai. Aku bukan nak mengorat pelacur la woi. Jangan fikir bukan2 oke. Aku rasa dari buang masa dok fikir nak tangkap penjual2 tshirt baik fikir macam mana nak bantu pelacur2 tue dari meneruskan kegiatan pelacuran tue lagi bagus. 
Banteras kes bapak2 ayam. Banteras pusat2 judi. Banteras pub2 hiburan yang menawarkan khidmat seks apa bagai. Itu lebih baik la. Macam di berita tv3 tadi. 4 kali serbu premis yang jual dvd lucah. Budak yang jual tue umur 16 tahun beb. Umur dia. 4 kali serbu. 4 kali serbu pun tak lut. Lue tak fikir apa yang gua fikir? Minta tolong la. Cakap jangan kita neh demokrasi kalau pada hakikatnya demokrasi itu tak terpakai pun kat negara neh. Pilih antara satu aje. 
Demokrasi ke kita? Oke fine. Kita ikut demokrasi seperti yang ditetapkan oleh undang2. Sama2 patuh. Tak demokrasi? Kita negara kuku besi? Oke fine. Kami ubah sket strategi kami dalam melawan arus neh. Lebih baik la berkata2 benar daripada pongpang2 depan tv aku la demokrasi apa bagi. Semua bebas bersuara. Semua bebas bercakap. Apa lagi yang rakyat mahu? Tapi hakikatnya kita tak la demokrasi seperti yang diperkatakan. Kita neh diperintah kuku besi. Undang2 kita ikut mood pemerintah. Bila mereka suka walaupun kita buat benda jahat, kita selamat. Bila mereka tak suka walaupun apa yang kita buat tue benda betul, jawapan nya pergi mampos la kau. Dan sampai bila asyik rakyat aje yang nak kena pergi mampos walaupun apa yang kami buat neh benda betul oiii encik polis? Cuba ko story sket? Letih la kami dengan korang neh... macam2.. 


-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.