Saturday, December 28, 2013

Tahukah Anda Yang Rosmah Mula Memindahkan Aset-Aset Beliau.

 
Ketika ini negara heboh tentang pembelian hartanah yang bernilai RM 110 juta oleh anak beliau. Adakah beliau terlalu kaya sehingga mampu memiliki aset yang bernilai tinggi itu tanda tiada siapa di belakang beliau. Maka sedarlah wahai rakyat marhaen yang Rosmah telah mula mengeluarkan aset-aset beliau ke luar negara dengan menggunakan nama anak-anaknya.

Adakah beliau sudah menghidu akan kejatuhan suaminya, Najib bakal bermula sejak BN tidak lagi popular dengan kajian terbaru Merdeka Centre. Kajian itu telah meletakkan populariti Najib telah menjunam sebanyak 10 mata dari 62 peratus kepada 52 peratus. Mungkin beliau sudah mendapat maklumat ini daripada SB-SB yang melapor terus kepada beliau.

Jangan kita terkejut jika akan berlaku lagi pembelian-pembelian pada masa akan datang. Isu pembelian aset bernilai RM 110 juta ini pun disebabkan kebocoran yang tidak disengajakan. Ini pembelian yang rakyat marhaen ketahui, bagaimana pula yang masih lagi menjadi rahsia. Mungkin aset yang beliau miliki diluar negara selain Amerika lebih banyak dari yang kita ketahui dan tidak mustahil aset-aset beliau bernilai berbilion.

Itu berkaitan dengan aset, bagaimana pula dengan simpanan tunai yang beliau miliki di bank-bank pesisiran pantai yang pasti beliau memiliki berbilion  tanpa siapa yang mengetahui secara terperinci akan nilainya yang sebenar. Di antara sebab beliau dan para pemimpin Umno/BN memilih bank-bank diluar negara ialah disebabkan kerahsiaan yang cukup ketat untuk pihak pembangkang membongkarnya.

Inilah di antara sebab beliau lebih kerap berada diluar negara daripada berada didalam negara kerana semua ini ada sebab-sebabnya dan jangan kita tertipu dengan lakonan beliau yang kononnya pemergian beliau adalah kerana jemputan. Tidak mustahil beliau mendapat nasihat daripada isteri-isteri kepada rejim yang memerintah agar jangan menyimpan harta yang mereka curi itu berada didalam negara kerana ia akan dapat dikesan. 

Curi, samun atau rompaklah sebanyak mana pun yang engkau mampu tetapi kamu pasti ingat akan pengadilan di Padang Mahsyar nanti di mana harta-harta yang kamu miliki tidak akan mampu menolong kamu untuk menjawab. Sekaya mana pun kamu di dunia dengan berpakaian jutaan nilainya dan ditambah pula dengan penghiasan yang bernilai puluhan juta, kamu akan tetap dikebumikan dengan kain yang berwarna putih. -bebaskanmalaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.