Tuesday, January 21, 2014

Perghh ..UMNO Boleh Adakan Demontrasi Kenapa PR Tak Boleh...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada masalah dengan demonstrasi awam UMNO terhadap sesiapa sahaja asalkan dalam keadaan aman.

“Kami ingin mengingatkan pihak polis untuk membenarkan demonstrasi aman yang sama oleh PR pada masa akan datang."

- CM Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)



Ancaman pengulangan tragedi 13 Mei dalam perhimpunan ahli Umno di Seberang Jaya semalam dianggap DAP sebagai "pengakuan tersirat" bahawa parti itu penyebab peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.